Ayah ni memang la, lain kali ayah plan lah betul-betul kalau nak pergi Genting. Sambut merdeka dekat rumah depan TV.. tepat jam 12:00 malam, jerit merdeka merdeka merdeka.. Tapi dalam TV masih belum merdeka, jam di dataran tu lambat 2 minit kot. Abang merdeka depan komputer.. main game jer.. Adik dah pukul 12:30 malam tidur la. Penat.. petang tadi jalan-jalan di Danga Bay.
Tiba-tiba ayah bagi idea yang tak masuk akal, "Abang.. jom pergi genting nak" Jam dah pukul 1:30 pagi. Abang apa lagi.. "Jommmmm...!!!" Kemas-kemas baju lebih kurang, bertolak tepat jam 2:00 pagi" Adik langsung tak sedar ayah angkat masuk dalam kereta. Siap berselimut lagi tuh. Ayah drive "slow-slow" jer sebab target nak sampai puncak genting jam 8:00 pagi. Slow bagi ayah ialah 110 km/jam.. Berenti di Pagoh ayah beli air kopi ikat dan chewing gum untuk menemankan ayah dari mengantok, tapi ayah ni dah biasa tak tidur malam.. Sampai Sungai Besi jam 5:30 pagi.. kira ok lah tu.. 3 jam setengah drive dari Kulai.. Kemudian ayah ajak ke Mc Donalds, beli bubur Mc D. Adik masih tidur lagi... langusng tak sedar. Laluan ke Genting tak banyak sangat kenderaan.. Kabus pagi banyak sangat...
"Ayah.. bukak lah tingkap, nak rasa sejuk.." kata Abang. Ok tutup aircond bukak tingkap.. nyaman nya.. Adik lagi nyenyak tidur... Sampai di puncak.. tepat jam 7:00 pagi. Kenderaan banyak parking di kiri kanan lalaun menyebabkan jalan sempit. Ini mungkin malam tadi dia orang sambut merdeka di sini...
Ayah terus ke arah laluan First World Hotel parking.. Fuiyooo.. sikit punya banyak kereta... Hampir setengah jam Ayah cari parking.. Fening fening lalat jer pusing-pusing kat tempat parking tu.
Lepas parking, baru la adik tersedar.. Senyum comel jer bila sedar-sedar dah dekat genting.. sejuk pulak tuh.. Lagi lah tak mandi semua.. ha ha ha. Kemudian kami terus ke counter tiket di First World Indoor Theme Park. Ayah beli "One Day Unlimited Ride Pass".. Semua boleh naik lah konon-kononnya.. Tapi sebanarnya, ada yang kena bayar gak.. walupun unlimited...
Abang tak boleh naik sebab ketinggian melebihi 110 cm, lagi pun tak thrill la abang.. Adik bukan main suka la bab bab ni. Lagi la dia sorang-sorang jer naik pagi-pagi buta ni. Orang genting masih tidur lagi agaknya. Kat genting ni yang tak best ada tempat Casino. Apa tu Casino ayah?.. Tulah tempat orang berjudi.. hishhh... Orang Islam dilarang dan Haram untuk berjudi tau.. 
Kemudian kita orang naik "Venice Gondola" ni untuk couple-couple ok la.. Ha ha
Tempat ni pun tak berapa elok sangat. Sebab berjiran dengan pusat perjudian terbesar di Malaysia.. Patut pun ramai orang datang... Tapi untuk tidak menkonfusekan anak-anak, terpaksalah layang dia orang dalam theme park ni. Walapun laluan dari indoor ke outdoor terpaksa melalui main entrance casino tu... Nak jeling jugak.. apa la yang ada kat dalam tu.. Yang jaga depan tu pun orang-orang kita jugak.. Apa la nak jadi kan...
Kemudian kami terus ke Outdoor supaya cuaca terik nanti tak lah panas sangat di luar.
Ramai orang dah masuk, kebanyakkannya orang Indon, Nepal dan Vietnam. Hishh... terasa macam negara luar pulak.. Takperlah.. ni kan tahun melawat Malaysia 2007.. Welcome to Malaysia..

Masuk jer di outdoor.. mulalah permainan kami yang sakan gila.. Yang puas ialah adik.. sebab tinggi adik sesuai dengan semua yang tak thrill punya ride..Kesihan abang melebihi 122 cm.. lebih 5-7 cm jer pun dia orang berkira.. takper lah abang.. Berikut inilah permainan yang sempat kami (atau adik sorang jer naik)..


1. Rodeo Rider - adik
2. Astro Figther - semua
3. Pirate Train - semua
4. Monorail - semua (poyo jer)
5. Flying Jumbo - semua
6.
Dinasourland - semua
7. Minitrain - semua
Disebabkan makin panjang beratur, ayah pun dah pening kepala sebab tak tidur malam tadi.. banyaklah permainan yang kami tak naik.. Tapi seronok jugak lah dapat naik terutama abang dan adik yang dulu pernah datang tapi tak masuk dalam theme park.



Dan akhir sekali, yang tak aci ialah ayah... naik sampai 2 kali berturut turut Double Loop roller coster tu.. Ayah tak aci eh.. Dalam roller coster tu ayah naik sebelah aci.. minachi.. ha ha ha..
Selapas makan di Marry Brown, kami pun beredar dari Genting gara-gara semua bilik-bilik hotel Di First World dan Theme Park penuh. Kami turun genting lebih kurang jam 3 petang.
Terus ayah ke Equotarial Bangi, ingat nak check in. tapi full house jugak. Ini lah gara-gara jalan-jalan tak plan.. Adik tidur di belakang, kemudian ayah kata terus ke Melaka. Kesihan ayah, dari malam tadi tak tidur.
Kemudian kami terus ke D'Village.. ayah amik chalete di situ.. Check-In jer terus ayah tidur..
Sedar-sear dah magrib. Malam tak pergi mana-mana.. cuma makan di Bukit Katil.. dan lepak di Dataran Bersejarah.. betul-betul depan D'Village..
Esoknya, lepas breakfast.. berendam lah adik dan abang... walaupun kolam nya kecil.. tapi sempat jugak berendam. Sebelum balik.. ayah ajak ke Butterfly Park.. nama jer butterfly.. tapi dalam macam zoo.. Ok ler tempat tu...
Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya, ayah tergerak nak singgah ke Gunung Ledang.. ni penangan Hang Tuah la ni.. tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan, kami hanya sampai di depan perkarangan tempat letak kereta Gunung Ledang sahaja, ayah beli goreng pisang dan keropok lekur, sedapnya makan hujan-hujan ni..
Dari Tangkak - Gunung Ledang - Bukit Kepong (semangat merdeka) - Labis - Yong Peng - Kulai.. hujan selebat-lebatnya
Kami selamat sampai di Kulai pada jam 6:00 petang... Alhamdulillah..
Abang dan ayah kena demam selsema.. Adik tak pulak... sebab tidur jer dalam kereta..


0 comments:
Post a Comment