Tuesday, March 25, 2008

Adik 2 - 1 Abang


Ayah bila nak next game ni.. tak leh tahan tengok Ole Ole Chelsea 2 - 1 Arsenal.. adik mesti suka la tu.. dan Kak Noushy lagi ar suka.. takper takper.. ada ubi.. ada batasan..

Friday, March 21, 2008

Tidur Awal..

Hari ni dah masuk Hari Jumaat, tadi hari Khamis abang dan adik cuti kan.. sebab Maulidur Rasul, ayah pun cuti. Hari Rabu petang, waktu ayah nak balik kerja.. ibu sms kata ayah tak perlu amik abang dan adik sebab ibu nak bawak abang dan adik keluar..

Tadi, ibu ada sms ayah.. bagi tau abang dan adik selalu tidur lewat jika tidur malam di rumah ayah.. walaupun keesokan hari abang tak sekolah.. tapi nanti abang dan adik susah nak bangun bila hari sekolah.. Harap abang dan adik faham ya.. nanti tidur rumah ayah jangan tidur lewat lewat lagi ya.. Ayah bukan apa.. kalau boleh ayah tak nak abang dan adik tidur bila bermalam di rumah ayah.. kerana dalam seminggu hanya satu malam adik dan abang bersama ayah.. Seronok tengok abang dan adik.. walau ada ketika abang dan adik sampai tertidur sebelah PSP.. ayah akan tutup PSP dan pastikan abang berselimut walau pun abang tak suka pakai selimut dan adik pula ayah pastikan pakai pampers dan botol susu ada pada adik... Dan sekiranya ada ruang antara abang dan adik, ayah akan tidur ditengah tengah sambil menepuk nepuk adik dan abang menggunakan kedua dua belah tangan ayah..

Abang dan adik...dah tiga hari ayah serba salah.. ayah tahu abang dan adik memang nak ikut ayah ke Sepang nanti walau ada ketika abang dan adik kata penat dan tak kisah jika ayah tak bawak abang dan adik. Tadi abang ada tanya pada ayah harga tiket F1 dan ada tak tiket untuk kanak-kanak.. Abang.. bukan masalah duit tiket ayah rungsingkan.. cuma ayah masih lagi tak minta izin dari ibu.. ayah tahu ibu pasti beri kebenaran.. Insya Allah.. Dan adik pula cepat boring menunggu waktu perlumbaan di Sepang.. ingat lagi waktu tengok A1 race, adik sampai tertidur kan.. dan tahun lepas.. pertama kali adik tengok F1 race.. ayah siap bawak tilam lagi untuk adik tidur..

Tahun ni Mama tak ikut kerana tak boleh bergerak berjalan jauh, abang tau kan, dari tempat parking nak ke tempat tengok race tu jauh.. apa lagi kalau nak ke Welcome Centre tu.. Jadi kalau kita pergi bertiga.. adik dan abang kena janji jangan nakal nakal lari sana sini.. Ini perlumbaan F1.. ramai orang.. tak sama macam A1 atau MotoGP.. lagi lah sekarang ni budak-budak asyik hilang jer..

Tapi ayah masih tak pasti lagi nak bawak abang dan adik.. tadi bila tanya dengan adik. "Adik.. ayah bawak abang jer enh tengok F1.. adik tinggal dengan ibu ya" adik terus tunjuk muka sedih dan kata nak ikut.. walau sebelum ini adik pernah kata tak nak ikut sebab adik penat dan nak tidur bila race nanti..
Bagi ayah, ayah pastinya akan dapat mengawasi abang dan adik.. walau kadang kadang abang dan adik ni agak suka bergurau kejar sana sini..Tapi tak seronok lah kan kalau kita pergi bertiga. je.. ada Mama seronok.. Mama suka buat gelak dan kelakar... ermmmmmm...

Apa pun keputusan ayah akan seperti berikut;

1. Kita pergi bertiga samada bertolak
@ hari Sabtu tengahari, Jumaat malam abang dan adik tidur rumah ibu
@ hari Sabtu pagi, Jumaat malam abang dan adik tidur rumah ayah
@ hari Ahad awal pagi, Sabtu malam abang dan adik tidur rumah ayah

2. Ayah pergi seorang
@ hari Sabtu petang lepas antar abang dan adik
@ hari Ahad awal pagi, ayah antar abang dan adik ke rumah ibu Sabtu malam

3. Langsung tak pergi - Kita tengok sama-sama hari Ahad, adik dan abang tidur Sabtu malam rumah ayah.

Monday, March 17, 2008

Malaysia 3 - Yemen 4


Hari Sabtu yang lepas, ayah bawak kami ke UTM ada taman kolam di situ dan padang bola, dah lama adik dan abang tak ke sini kan. Seronok bagi makan ikan walaupun pelantar di situ tidak boleh digunakan kerana sedang di baiki, amboi.. Abang dan adik kalau bergambar... Seronoknya..






Kemudian abang kata "ayah.. Cepat lah.. Dah nak magrib nanti.. Jom gi paang bola' Abang ni.. Badan cekeding macam cicak kobeng ada hati nak main bola.. Lagi pun dah ler pakai selipar.. Tadi tak nak bawak kasut kan.. Kemudian kami bermain bola di situ, kebetulan ada pulak anak-anak Arab 3 orang, 2 lelaki dan seorang perempuan.. Comelnya mata dia.. Bila tanya.. Rupanya mereka minat Arsenal.. Wah wah wah.. Memang rakan baik abang la ni.. Dia orang ni dari Negara Yemen (Yaman la tu)..



So apa lagi, kita ajak dia orang main bola di padang kriket.. Wa ka ka.. Mula mula Yemen mendahahuli 1-0 dengan Malaysia he he, kemudian ketinggalan 2-0, selepas itu kebangkitan Malaysia hasil jaringan padu dari Abang.. He he.. Dengan 2 gol, terikat 2-2 kemudian Yemen menjaringkan 1 lagi gol, dan Abang pula membalas jaringan kedudukan seri 3-3. Adik tak boleh harap langsung.. Habis dia tendang ntah ke laut kot.. Pastu ngadu.. "Ayah kaki adik kena pijak.." Yelah adik dan abang tu pakai kaki ayam jer.. Dia orang pakai boot bola tau.. Pasni kena lah belikan diaorang kasut bola pulak. Dan akhirnya.. Yemen dapat menjaringkan gol dan meraih kemenangan 4-3 terhadap Malaysia..


Abang beri alasan, alah ayah.. Padang kecik sangat. .pastu tak pakai kasut pulak. Memang seronok bermain dengan budak budak Arab ni. Lain kali kita boleh ke Yemen kalahkan dia orang.. Bila tu.??

Balik rumah jer... Abang dan adik tak sabar nak tengok mana negera Yemen.. Tengok dalam googles map inilah negara Yemen. Dekat dekat dengan Arab Saudi.. Wah hebat hebat.. Kalah sikit jer tu abang.. He he..

Wednesday, March 12, 2008

Jalan jalan tengok Duyung


Yeh yeh ayah ajak tengok Duyung, bukan Ikan Duyung betul lah adik, ni Duyung yang apek berlakun dalam wayang tu.. lama betul ayah tak bawak anak-anak ayah tengok wayang... Kami tengok wayang di tempat biasa iaitu TGV Jusco Tebrau City.. ayah dapat tiket pun tolong orang belikan sebab ramai orang beratur.. Ayah pandai gunakan akal fikiran untuk cepat dapat beli tiket.. ni namanya potong que.. he he.

Sementara ayah beli tiket di atas, adik bergaya di bawah.. adik ni dah macam patung pulak.. pandai amik gambar eh



Tengoklah adik ni, pandai posing dengan memek muka selambanya.. cuma satu jer kurang.. kenapa pakai selipar??? Jawapanya ialah ayah pun suka jalan-jalan pakai selipar.. he he






Kemudian kami makan di ARENA, kami makan baryani ayam goreng.. entah apa lah ayah order.. mungkin ayah tak nak kuah tu campur dengan ayam.. nanti adik pedas...




Wah banyaknya kereta mainan.. adik memamg suka dengan kereta mainan.. adik maaf kereta tu tak jual sebab itu dapat percuma kalau ayah apply kredit kard la.. Adik geram jer tengok kereta mainan yang banyak tu... takperlaha adik.. kat rumah kan dah banyak kereta.. Abang macam biasa.. tak heran sebab dah tergantung PSP kat lehernya..




Inilah tiket wayang yang ayah suruh orang belikan.. baik sungguh orang yang sudi menolong belikan tiket wayang kami tu... nanti kami belikan pulak untuk awak pulak ya...


Inilah adik dan abang tunggu wayang Duyung nak start.. abang tak heran jer, asyik main PSP jer.. adik pula kata bila nak start ni.. adik buat gelagat macam Mr Bean tengok wayang.. dia masukkan tangannya dalam baju sebijik macam Mr Bean..

Kelakar jugak cerita Duyung ni... seronok dan pemangangan bawah laut yang cantik...

Sunday, March 2, 2008

Jalan jalan ke Danga Bay

Macam biasa adik dan abang pada Jumaat malam akan bermalam di rumah ayah, dan kami mengambil kesempatan ini untuk keluar jalan jalan cari aingin di Danga Bay Johor Bahru.. Agak menarik sekarang kerana berbagai bagai jenis permainan dan hiburan keluarga ada di sana.. seperti kita berada di Outdoor Theme Park Genting Highland lah pulak... Adik dari hari tu nak naik pusing pusing tu.. menarik pemandangan di atas tu kan.. Dan sempat bermain kereta F1.. walaupun sekejab jer.. kami semua puas berjalan jalan dengan ayah dan mama.. seronoknya...


Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner