Hari ni dah masuk Hari Jumaat, tadi hari Khamis abang dan adik cuti kan.. sebab Maulidur Rasul, ayah pun cuti. Hari Rabu petang, waktu ayah nak balik kerja.. ibu sms kata ayah tak perlu amik abang dan adik sebab ibu nak bawak abang dan adik keluar..
Tadi, ibu ada sms ayah.. bagi tau abang dan adik selalu tidur lewat jika tidur malam di rumah ayah.. walaupun keesokan hari abang tak sekolah.. tapi nanti abang dan adik susah nak bangun bila hari sekolah.. Harap abang dan adik faham ya.. nanti tidur rumah ayah jangan tidur lewat lewat lagi ya.. Ayah bukan apa.. kalau boleh ayah tak nak abang dan adik tidur bila bermalam di rumah ayah.. kerana dalam seminggu hanya satu malam adik dan abang bersama ayah.. Seronok tengok abang dan adik.. walau ada ketika abang dan adik sampai tertidur sebelah PSP.. ayah akan tutup PSP dan pastikan abang berselimut walau pun abang tak suka pakai selimut dan adik pula ayah pastikan pakai pampers dan botol susu ada pada adik... Dan sekiranya ada ruang antara abang dan adik, ayah akan tidur ditengah tengah sambil menepuk nepuk adik dan abang menggunakan kedua dua belah tangan ayah..
Abang dan adik...dah tiga hari ayah serba salah.. ayah tahu abang dan adik memang nak ikut ayah ke Sepang nanti walau ada ketika abang dan adik kata penat dan tak kisah jika ayah tak bawak abang dan adik. Tadi abang ada tanya pada ayah harga tiket F1 dan ada tak tiket untuk kanak-kanak.. Abang.. bukan masalah duit tiket ayah rungsingkan.. cuma ayah masih lagi tak minta izin dari ibu.. ayah tahu ibu pasti beri kebenaran.. Insya Allah.. Dan adik pula cepat boring menunggu waktu perlumbaan di Sepang.. ingat lagi waktu tengok A1 race, adik sampai tertidur kan.. dan tahun lepas.. pertama kali adik tengok F1 race.. ayah siap bawak tilam lagi untuk adik tidur..
Tahun ni Mama tak ikut kerana tak boleh bergerak berjalan jauh, abang tau kan, dari tempat parking nak ke tempat tengok race tu jauh.. apa lagi kalau nak ke Welcome Centre tu.. Jadi kalau kita pergi bertiga.. adik dan abang kena janji jangan nakal nakal lari sana sini.. Ini perlumbaan F1.. ramai orang.. tak sama macam A1 atau MotoGP.. lagi lah sekarang ni budak-budak asyik hilang jer..
Tapi ayah masih tak pasti lagi nak bawak abang dan adik.. tadi bila tanya dengan adik. "Adik.. ayah bawak abang jer enh tengok F1.. adik tinggal dengan ibu ya" adik terus tunjuk muka sedih dan kata nak ikut.. walau sebelum ini adik pernah kata tak nak ikut sebab adik penat dan nak tidur bila race nanti..
Bagi ayah, ayah pastinya akan dapat mengawasi abang dan adik.. walau kadang kadang abang dan adik ni agak suka bergurau kejar sana sini..Tapi tak seronok lah kan kalau kita pergi bertiga. je.. ada Mama seronok.. Mama suka buat gelak dan kelakar... ermmmmmm...
Apa pun keputusan ayah akan seperti berikut;
1. Kita pergi bertiga samada bertolak
@ hari Sabtu tengahari, Jumaat malam abang dan adik tidur rumah ibu
@ hari Sabtu pagi, Jumaat malam abang dan adik tidur rumah ayah
@ hari Ahad awal pagi, Sabtu malam abang dan adik tidur rumah ayah
2. Ayah pergi seorang
@ hari Sabtu petang lepas antar abang dan adik
@ hari Ahad awal pagi, ayah antar abang dan adik ke rumah ibu Sabtu malam
3. Langsung tak pergi - Kita tengok sama-sama hari Ahad, adik dan abang tidur Sabtu malam rumah ayah.


4 comments:
Emm emmm...Kak nOushy rasa kalau mcm tuh suruh ayah tgk live kat rumah aje sama2 ok kan? Ikut cadangan yg ke3 tuh..
Nanti bila adik dah besar sikit and mama adik dah bole jalan seperti sedia kala bole tgk live semula kan...lagipun F1 di Sepang tu ada tiap2 tahun kan adik kan?
Kak NOushy rasalah, itu yang terbaik daripada cian abah adik serba salah...:)
Noushy.. Alhamdulillah.. got the permission bawak anak2 nanti.. Esok kami bertolak ke Sepang.. ada masa tengok sesi qualifying.. than maybe stay rumah UncleJ {bayar hutang.. dulu janji stay tapi cancel.. he he] than next day ke Sepang lagi.. jangan lupa tengok tv eh kami di hillstand covered C2 jer.. he he..
Apa pun terima kasih pendapat Noushy tu ya.. harap keputusan ini terbaik buat kami..
Dan untuk Ammar dan Aiman.. ayah tak pernah menghampakan anak anak ayah tau.. janji jangan nakal nakal..
Salam,
Akhirnya Ammar n Aiman dpt pegi ngan Ayah kan? Mesti seronok kan, abang? Kak Fini tgok dlm n3 ayah AnA, suka je 3 beranak tu. :) Tak nakal pun kan, Ammar..Aiman?
KAK FINI,
Hai Fini.. terima kasih bagi semangat ni. hari ni Ammar dan Aiman tak saya temui.. mungkin semalam dah tak sekolah bersama saya.. jadi.. hari ni.. meeka bersama ibunya..
memang seronok mereka di sana.. selalu ammar tidur waktu tengok race.. tapi ni segar bugar jer.. Kasawari akan masuk entri f1 versi blog ammar&aiman
Post a Comment