Monday, July 20, 2009

Adik ni nak belajar ker main-main ek..

Adik.. macam mana nak belajar membaca English ni.. tak pernah nak serius kalau nak belajar ek.. ayah pun satu.. time belajar .. time tu ler nak amik gambar.. ha ha... tapi seronok ajar adik ni.. cepat dan betul.. Cuma satu jer pesan ayah pada adik.. adik kena lah serius dan jangan main-main jer.. adik ni memang kelakar.. tengok tu muka adik yang puncil ni..

Sunday, July 19, 2009

Jalan-jalan ke Tebrau City

Ayah beratur beli tiket Transformer panjang sangat, ramia orang.. ni semua nak beli tiket Harry Porter, at last ayah dapat tiket jam 6 petang.. sepatutnya nak tengok jam 3 petang, tapi dah penuh gak.. walau pun dah berapa minggu.. masih ramai lagi orang menonton cerita Transformer 2 ni... sementara nak tunggu 3 jam lagi.. apa lagi.. ayah bawak kami ke kedai Toys "R" Us..

Tengok ni adik dah masuk rumah sendiri.. dok kat tingkap termenung sedang fikirkan apa tu adik.. mana abang ni ..? abang dah naik atas rumah adik.. hu hu


Woi woi.. apa ni.. ingat rumah sendiri ker.. panjat memanjat.. ermmm layan kan jer la.. nasib baik tak roboh rumah tu.. adik pantang bergambar tu..


Ni nak jadi Starwars ker dik.. ermmm lawan jangan tak lawan.. mana abang.. dah menyorok belakang rumah tu dik.. he he

Pastu kami ke Fun Centre, masuk sini apa lagi .. main bowling game ler.. ha ha.. abang macam biasa menang ler.. he he.. adik baling masuk longkang jer.. he he


Adik tak puas hati asyik ke longkang jer tu.. ha ha..


Pantang jumpa game.. mesti nak main.. adik main game apa tu.. dik. atau tengok jer.. he he..


Masih sempat ke kedai Sony dan pantang jumpa PS3, adik cuba game orang elektrik.. dan abang pula.. PSP sendiri dah habis battery.. dia cuba ler PSP kat sini..


Ini abang dan adik sedang tunggu movie Transformer nak start.. diam diam dik.. ni bukan kat rumahh he he..

Amboi adik duduk sambil bersila tu.. bila la nak start wayang ni ayah.. he he..


Thursday, July 9, 2009

Masjid UTM

Baru-baru ini sewaktu rehat tengahari ayah ke UTM dan singgah ke Masjid UTM untuk solat zohor. Abang pasti ingat Masjid UTM.. dari abang kecil hingga ke ler umur 4 tahun, ayah selalu bawa abang ke UTM Skudai setiap hujung minggu.. kita selalu solat dalam masjid ni bersama sementara menunggu ibu abang tamat kelas..


Ingat tak tangga ni.. kalau lepas amik wudhuk.. pasti ayah pimpin tangan abang melalui tangga ni..

dan kita melalui lantai sejuk dan nyaman di sini..


lantas kita akan duduk tepi pintu

Tenang kan jika berada di dalam Rumah Allah..

Tuesday, July 7, 2009

Adik dan "Budak Cute"..

Kelakar lah anak-anak ayah ni.. semalam pagi, kereta ayah tak dapat start enjin.. ni gara-gara ayah terlupa tutup lampu dalam kereta ayah... jadi pagi-pagi.. ayah start kereta battery dah weak.. ayah call ler ibu.. bagitau tak dapat amik adik antar ke sekolah. Bila malam ayah datang nak amik abang dan adik..

"ayah botak.. !!" , kata abang

"abang tau tak kenapa ayah botak?", ayah tanya

"ni mesti pagi tadi.. enjin kereta ayah meletup.. pastu kena rambut ayah", abang jawap sambil gelak..

ayah gelak gila.. "apa lah abang ni.."

"macam mana abang tau kereta ayah tak boleh start?"

"ibu yang cerita.."



Sekarang ni si Adik bila naik kereta ayah.. mesti nak pegang "budak cute" Air Asia ni.. dia suka tengok kepala budak kecik ni goyang-goyang.. pastu dia buat macam tu jugak.. ha ha.. lawak ler adik ni..



Tengok tu gambar goyang gara-gara kepala adik bergoyang jugak hu hu..

Abang dan adik.. penghibur hati ayah!!

Monday, July 6, 2009

Ayah Botak !!! World!!

" Kasi GI ek ni rambut.."
"Mau no 1 atau no 2"
"No 0 ada ka.. ha ha ha"


"Adeh.. sayangnya tengok rambut ayah digarap begitu.. adeh.... "


"Huk.. huk.. huk.. rambut ku gugur di atas lantai.. huk huk... "


"Amacam.. ensem tak ayah...!!!" World!!!


Balik kerja tadi.. ayah terus ke kedai gunting rambut.. bukan nak cari iklan suratkhabar pokok kaktus tu.. tapi ayah nak gunting rambut.. kali ni ayah kata nak gunting ala-ala GI..

"Apa tu GI ayah?"
"Entah la.. Gondol Ini .. kot... hu hu.."

Apa la hajat ayah ni memendekkan rambut begitu... tak ensem ler ayah.. macam askar komand0 tak lulus training jer.. hu hu...

Ayah cerita pada abang.. seumur hidup ayah.. hanya 3 kali ayah gunting pendek gondol macam ni..iaitu

1) 11hb September 1999 - Muhammad Aiman dilahirkan
2) 12hb Ogos 2003 - Muhammad Ammar dilahirkan
3) 2hb Septeber 2004 - Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan

ermmm.. kali ni 6hb Julai 2009 apa yang berlaku ayah.. hu hu..

cepat-cepat.. teka teki ni.. siapa dapat jawap.. akan dapat hadiah rambut ayah tu.. ha ha...


Berkorban Apa Saja..

"Abang dan adik ingat tak lagu ni.. mesti tak ingat.. ini lah lagu dodoi ayah waktu nak tidurkan abang dalam buaian.. ermmm. best lagu ni.. tiba-tiba ayah teringat pulak lagu ini.. "


Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Sunday, July 5, 2009

Ke Pulau..



"Ayah.. bila kita nak ke Langkawi lagi ayah? Kan tahun lepas ayah janji bawak kami ke langkawi.. kesihan adik tu.. tak pernah naik kapalterbang.."

"Nantilah abang.. pasti nanti ayah akan bawak adik dan abang jalan-jalan naik kapalterbang ya.. tapi bukan Pulau Langkawi.. nanti ayah bawak gi Pulau Sodo.. ha ha.. "

"Apa lah ayah ni.. Pulau Sodo tu dalam cerita Thomas and Friends.. tak kisah la ayah.. janji dapat gi naik kapalterbang.."

"Insya Allah.. nanti ayah bawak ya.."

Thursday, July 2, 2009

Gambar apa ni??


Hu hu hu.. ni gambar adik sedang menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak.. ha ha.. waktu ini adik kesejukan sangat.. jadi.. ayah bukak ler baju Jersey France tu bagi pada adik.. nasib baik ayah pakai baju 2 lapis.. tapi bila adik dapat baju ayah.. dia bukan nak buat "selimut" tapi dia buat penutup muka.. takut hantu dalam filem tu.. ha ha.. adik adik.. tu nampak telinga dia tu.. he he..

Bila nak tengok Transformer 2 ni.. dan juga Ice Age 3.. hu hu.. jommmmmmm..
Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner