Friday, November 18, 2011

Jangan Bersedih dan Teruskan Semangat..


Lama ayah dah tak mengemaskini blog AmmarAiman ini, hari ini 17 November 2011, tarikh keputusan UPSR abang.. seawal pagi ayah dah amik abang dan adik, waktu abang masuk dalam kereta ayah, ayah terlihat lencana 5A yang abang pakai di tali leher abang.. ayah bagi tau, walau apa pun keputusan abang.. abang dah cuba sedaya upaya.. abang dah berusaha belajar bersungguh-sungguh.. ayah akan terima apa juga keputusan yang abang terima.

Tepat jam 10 pagi, keputusan di umumkan untuk mereka yang mendapat 5A, seramai 44 orang dapat 5A.. cikgu umum satu persatu, dan ayah menghampiri abang supaya jangan bersedih apabila nama yang disebut nama abang tidak dipanggil.. kawan abang menangis, ramai yang menangis sedih kerana tidak dapat mendapat keputusan 5A.. abang juga mengangis.. dan ayah juga menitis air mata kerana turut serta sedih bukan kerana abang tidak dapat 5A.. tetapi ayah sedih bila lihat abang menangis.

Ayah tahu.. bagaimana perasaan abang ketika itu.. tetapi abang kena cekal hati, kena tabah.. abang dah buat yang terbaik.. abang dah lakukan yang terbaik.. abang dah berusaha yang terbaik.. pergi kelas tambahan, pergi tusyen, dan buat latihan di rumah.. semuanya abang dah lakukan.. dan berdoa untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.. ingat lagi kalau kita lepas solat Magrhib dan Isya' pasti ayah akan doakan abang dapat 5A kan.. dan abang akan mengAMINkan doa..

Abang, ayah sayang abang.. abang jangan sedih.. kalau abang sedih.. ayah juga sedih.. Abang jadikan perkara ini sebagai satu semangat untuk abang. Perjalanan pelajaran abang masih panjang dan jauh lagi.. Berusaha dan terus berusaha untuk maju dan berjaya, ayah sentiasa akan memberi dorongan untuk abang. PMR dan SPM masih ada lagi.. ingat pesan ayah dalam kereta waktu kita pulang dari sekolah tadi.. orang yang betul-betul mendapatkan kejayaan adalah mereka yang bangkit dari kegagalan.. abang tidak gagal.. masih ada A yang abang perolehi, dan abang masih ada banyak peluang untuk abang buktikan yang abang akan berjaya satu hari nanti.

Jangan sedih lagi ya.. Ayah juga akan cuba memperbaiki kesilapan diri ayah dalam menjalankan tanggungjawap sebagai ayah untuk mendidik dan memberi pelajaran kepada abang..

Untuk adik, beri semangat pada abang.. jangan ketawa dan ejek-ejek abang.. adik juga perlu ambik pengajaran ini, adik sendiri juga lihat ramai kawan-kawan abang menangis sedih apabila tidak mendapat 5A...

Abang dan Adik.. ayah sayang kamu berdua.

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner