Ayah sebenarnya berhutang tag (apa ni ayah.. name tag ker) dengan rakan ayah yang berada di Australia (best la ayah... boleh tengok F1 kat sana... ajak dia belanja kita ya ayah).. Dia nak tau 8 fakta/minat tentang diri ayah. Ayah rasa.. ni semua anak-anak ayah akan jawapkan eh Abang Arsaili eh silap Pak Cik Arsaili;
1. CEPAT NAK CEPAT DAN NAK CEPAT
Ayah memang suka menggunakan masa sepenuhnya, kalau nak keluar jalan-jalan ayah memang tidak suka menunggu, tak kira di mana mana, kalau dekat tol hi-way pun ayah akan membebel kenapa orang tol tu tak bukak tol banyak banyak sedangkan pondok tol banyak. Kalau ayah mandikan abang, ayah akan pastikan syampu rambut sambil gosok gigi adik.. he he
2. SUKA TIDUR LAMBAT
Ayah ni burung hantu atau kelawar, malam susah nak tidur, siang susah nak bangun. Kalau ayah tak dapat tidur, ayah akan layan cerita di discovery channel atau national geo. Mana tak susah nak tidur, ayah suka minum kopi waktu malam. (alah abang pun sama, tidur lambat kalau kat rumah ayah, asyik main game jer eh)
3. TAK SUKA RUMAH BERSEPAH
Ni yang tak best, ayah ni angin sikit, kalau mood datang nak kemas, asyik marah jer kalau adik sepah-sepahkan mainan, adik pun sama, kalau dah main binatang binatang mainan tu, simpanlah dalam bakul. Pastuh kereta kecik-kecik semua bersepah sepah, Ayah tak suka bersepah sepah, kalau boleh hari-hari ayah nak lantai bersih kena vakum.
4. BAWAK KERETA LAJU
Ni pun tak best, kalau suka cepat cepat cepat, bawak kereta pun nak cepat, tapi kalau nampak road block atau speedtrap, mengelabah ayah macam orang buat salah.
5. GILA DENGAN FORMULA ONE
He he he.. ni abang tak boleh komen. Abang pun minat F1, adik pun minat F1. Kami keluarga F1. Ayah kalau ada race malam ni, pasti semua dah settle, jadi masa race ayah akan tumpukan sepenuh perhatiaan. Majalah F1 ayah jangan cakap.. banyak banyak banyak.. adik jangan cuba nak keronyokkan.. nanti ayah marah. Kereta Ferrari replica ayah pun kena jaga baik-baik, tak boleh sorong sorong. Kalau ferrari menang, mesti ayah gantung bendera ferrari ayah kat luar.
6. MINAT TENGOK WAYANG
Ni hobi ayah yang baru baru, yelah abang faham ayah tu dulu boring sorang sorang, tapi sekarang tengok lagi wayang ker ayah.. Eh ayah tengok la lagi, kan hari tu tengok impak maksima.. drift.. he he
7. SUKA JALAN JALAN CARI MAKAN
Yang best ayah ni, suka jalan-jalan. Dan yang tak best, plan last-last minit. Tu yang kelam kabut jer. Tapi ayah best, ayah tak berkira kalau jalan-jalan ni.
8. MUDAH KETAWA DAN SENANG MENANGIS
Ayah kalau ketawa memang kuat.. suka buat kelakar, sampai terkencing kencing abang. Dan ayah kadang-kadang menangsi.. yang ini abang tak nak tulis banyak-banyak, takut ayah nangis. Tapi abang dan adik sayang ayah..
Ok kan PakCik Arsaili.. lebih mudah abang menggambarkan sifat ayah dari ayah yang mencarinya sendiri.
Tak payah tag la orang lain eh Pak Cik Arsaili.. sebab pusing-pusing.. orang yang sama jer.. he he
Blog Archive
-
▼
2007
(52)
-
▼
September
(15)
- Apa Yang Ada Dalam Beg Sekolah Adik..?
- Adik Main Bunga Api
- Arsenal dah Jadi Optimus Prime
- 8 fakta/minat tentang diri Ayah
- Adik dan Dadeh.. Ayah melelih..
- Kad Raya Abang
- Berpuasa di Rumah Ayah
- Go Ferrari Go
- Puasa datang lagi
- "Sambutan" Birthday Abang..
- HAPPY BIRTHDAY... ABANG...
- SELAMAT HARI LAHIR AIMAN.. 11/9/2007
- Fenomena Mawi
- Ayah tak mengantuk ke kerja?
- Merdeka di Genting... Ayah.. Ayah..
-
▼
September
(15)
Monday, September 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online
KASIH SAYANG (RAIHAN)
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana


5 comments:
nasib baik guru besar tade..lambat nya buat homework...dah berkurun assignment tag ni kasi baru nak siap..ehehehe..uncle arsaili tak marah..strict ala2 cikgu jer..uhuhu
Arsaili,
Ekek ekek ek.. buat lambat.. terlepas pandang.. jadinya .. Jangan Pandang Belakang..
suker bawak ketae laju? berangan nak masuk formula 1 ek?
Airynnz,
diriku ingin menjadi pelumba f1,
daku berlumbda di litar monaco,
mencelah celah,
mencilok cilok,
sambil menyiul nyiul,
tapi apakan daya,
siulan ku,
antara angan dan sedar,
lagu mawi di radio kereta ku.
hebat ;)
mana tau impian kan jadi nyata
Post a Comment