Saturday, September 8, 2007

Fenomena Mawi

Semalam ayah terlihat klip tentang mawi di Australia, teringat terus ayah pada si Mawi ni. Al-maklum lah.. satu kampung Kulai. Abang dan adik peminat setia Mawi ketika itu, masih terbayang Mawi menyanyikan lagu Intifada sewaktu konsert prelude.. Dari situ lah Mawi diminati ramai. Kegagalan Mawi untuk memasuki AF3 ketika itu menjadikan Mawi lebih dikenali ramai.

Adik, kalau tengok video klip Mawi, pasti akan menyanyi jugak, waktu itu adik baru jer nak masuk 2 tahun. Pantang kalau ada konsert AF di TV, pasti adik dan abang tertunggu persembahan Mawi.

Ikutkan Mawi ni satu Felda dengan rumah Atok dan Nenek. Mawi di peringkat 4, dan rumah Atok dan Nenek di peringkat 2. Jadi kalau balik rumah atok dan nenek, pasti ayah akan bawak jalan-jalan ke-rumah Mawi. Tak dapat tengok Mawi, tengok rumah pun jadilah. Ini lah rumah Mawi yang ketika itu sedang deperbesarkan. Masa ni Mawi dah jadi Jutawan, harta berkoyan-koyan.. he he..
Mawi memang hebat, fenomenanya begitu hebat sekali. Ini ayah sedang bergaya dengan Mawi, sewaktu malam raya Mawi sebagai seorang bintang. Tengok ayah, siap simpan janggut kecik macam Mawi. Masa tu tak ramai orang ke rumahnya, Mawi pun peramah dan beri adik dan abang main bunga api di depan rumahnya. Ramai-ramai lah bebudak main bunga api di situ, dan abang-abang yang besar-besar.. Mawi berikan mercun atau bunga api yang naik atas tu.



Ini lah peminat setia Mawi yang sanggup berhujan berpayung menunggu kepulangan Mawi di Padang Felda Taib Andak. Mana lah Mawi ni tak sampai-sampai.. Adik.. adik, minat betul dengan Mawi eh. Ada banyak lagi gambar-gambar kenangan bersama Mawi, tapi ini lah yang sempat ayah letakkan di sini. Untuk abang dan adik.. Hayati lah kata-kata Mawi iaitu World world jugak.. Akhirat Jangan Lupa.. Ok.



1 comments:

Kasawari said...

Wah wah.. Abang dan Adik.. Ayah pun sama minat Mawi.. kah kah kah

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner