Monday, September 10, 2007

SELAMAT HARI LAHIR AIMAN.. 11/9/2007

Abang, esok 11/9/2007 hari lahir abang.. Muhammad Aiman yang ke 8 tahun.
Ayah doa'kan anak kesayangan ayah ini panjang umur, murah rezki, pandai belajar, beriman, menjadi anak yang soleh.
Ayah minta maaf jika ayah tidak dapat menjadi seorang ayah yan terbaik buat abang,
ayah sedaya upaya menjadi seorang ayah yang terbaik untuk anak-anak ayah, walaupun ayah tahu situasi sekarang berbeza.
Ayah cuba untuk jadi seorang ayah yang terbaik.. Ayah janji..
Syukur .. abang faham situasi ayah dan juga ibu.
Dan ayah tahu, dari raut muka abang, abang cuba untuk memahami situasi tersebut walaupun abang tidak kenal lagi erti kehidupan ini.
Tahun 2007 kita sambut hari lahir abang tidak seperti tahun-tahun lepas.
Tak per kan abang, abang dapat tiup dan potong 2 biji kek dari ayah dan juga ibu.
Abang.. terima kasih abang memahami semua ini..
Ayah sayang abang..
Satu hari nanti bila abang baca semua yang ayah tulis dalam ini, abang akan tahu bahawa ayah memang sayang anak-anak ayah..
Muhammad Ammar dan juga Muhammad Aiman..
2000

2001



2002


2003



2004


2005

2006

2007

Ayah sayang Ammar dan Aiman.



0 comments:

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner