Thursday, September 13, 2007

Puasa datang lagi

"Dah masuk lagi bulan puasa, tak lama lagi nak Raya.. yeh yeh..." "Eh abang ni, baru hari pertama puasa dah terpikir raya eh.. tak baik tau abang". "Habis tu kalau ayah bawak kereta, dekat tepi-tepi jalan.. dah banyak tulis.. Jualan Hari Raya..", "Oh itu dia orang memang tak reti nak menilai keberkatan bulan Ramadhan.. belum masuk bulan puasa lagi dia orang dah sibuk nak meraya.. dia orang nak untuk la abang"

"Ayah, tahun ini abang nak puasa penuh lagi. Tahun lepas ayah bagi duit seratus kan, tahun ni abang nak tiga ratus ringgit..." "Hish.. abang ni, puasa mesti niat kerana Allah Ta'ala.., puasa itu satu kewajipan.. bukan nak dapat duit, duit yang ayah beri hanya sebagai satu hadiah sebab abang sudah dapat melengkapkan puasa selama sebulan, sebab abang masih kecik lagi tau.. "

Hari ini abang dan adik berbuka di rumah nenek, tadi ayah telefon adik, ayah tanya.. adik puasa tak? adik jawap.. adik kuasa.. Tak kuasa ayah dengan adik ni, lain yang ditanya.. lain yang dijawap.. Untuk abang, banyak-banyak bersabar.. tahun lepas.. abang lengkap puasa 30 hari, dulu masa ayah darjah 1, tak sampai pun 30 hari.. puasa setengah hari tu dah kira baik..

Di sini ayah letakkan gambar abang bersama-sama arwah ayah Mawi, masih ingat lagi .. malam raya tahun 2005.. kita pergi ke rumah Mawi.. di tangan abang pegang bunga api yang diberi oleh Mawi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Pak Atan. Semoga rohnya Aman dan Damai serta dicucuri rahmat. Al-Fatihah..


0 comments:

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner