Friday, September 28, 2007

Apa Yang Ada Dalam Beg Sekolah Adik..?

Malam tadi ayah suruh adik bawak beg sekolah ke rumah ayah, selalunya adik akan bawak pada hari Jummaat bila tidur rumah ayah, Ayah nak tengok apa yang ada dalam beg adik ni.. Kira ni macam sportcheck la katakan... Abang dah ketawa jer bila ayah bukak zip beg sekolah adik.. Inilah hasilnya yang ayah dapat..


1. Robot Transformer
2. Kulit siput laut (kak long yang bagi)
3. T-rex dinasour
4. 4 keping roket buat dari kertas
5. 3 keping biskut alio
6. Wafer susu
5. Wisel bola.

Adik.. adik.. ni lah bahan-bahan adik yang selalu bawak ke sekolah, itu belum lagi cicak mainan yang ayah dah amik sebelum ini (adik takutkan kawan-kawan ya). Ikutkan adik ni umur 4 tahun, tapi dah mula sekolah pra, mentang-mentang cikgu adik tu cikgu kak long (sepupu adik), adik buat macam kelas sendiri ya.
Apa pun adik memang bijak.. sebijak abang dan sama bijak macam ayah.. he he..

7 comments:

Noushy Syah said...

Wahh dah minat transformer yea..hikss mesti minat footbal jugak ni nanti, jom bole gang dgn Kak Noushy sokong Blues..ngehhh*

p/s Minta satu keping biscuit alio tu bole?, after all adik kan ada 3 tuh hehehhe..syhhh, jgn ckp sesiapa ok? Even to your daddy, promise?

Puteri Ezza said...

Tidur rumah ayah? Errr...
------
Adik, aunty Ezza pun nak biskut adik. Boleh? Hikhik. Nanti suruh ayah beli lagi ye :-)

Momzy said...

alaa... aunty nora cannot see your tagboard laa.. 'access denied'.

Bole tak aunty link aiman nye blog?

Tankew! ;)

AmmarAiman said...

Akak Noushy,
adik memang minat transformer.. tu sebab dah tengok wayang 2 kali dengan ayah. Adik minat optimus prime.. adik selalu cakap.. i am optimus prime.. he he. Ok kali ni. akak betul, adik minat chelsea.. ntah.. mungkin sebab ayah dah pilih MU dan abang dah amik Arsenal.. takper.. nanti ronaldindo masuk chelsea.. kita akan ketawakan ayah dan abang.

Ayaahhh!!! akak ni nak amik biskut adik.. he he

AmmarAiman said...

Aunty Ezza,
Iya.. abang dan adik tidur rumah ayah hari Jumaat dan kadang-kadang Jumaat dan sabtu.. hari lain kita orang tidur rumah ibu.

Apa la aunty ni minta biskut kat adik.. akak tak pose ker.. adik lain lah kecik lagi.. bolhe main bunga api dan makan biskut..

AmmarAiman said...

Aunty Nora,
adik tak tahu apa tu tagboard la.. tagboard tu macam skateboard eh aunty.
Boleh.. aunty boleh link aiman punya blog.. kira dah macam 2nd link

AmmarAiman said...

Ayah,
Ayah dah beli beg sekolah abang.. tapi beg sekolah adik belum lagi.. tak beshhh ar macam ni.. Adik nak beg Ultraman eh ayah

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner