Walaupun Ramadhan baru mencecah malam ke 15, adik dan abang sibuk nak main bunga api. Petang lagi dah tak sabar nak main bunga api. "Ayah nanti malam main bunga api ya" kata adik, "Lepas buka, sembahyang maghrib lepas tu tiution dengan ayah, sembahyang isya' dan terawih baru ayah kasi main bunga api tau" Adik punyalah semangat buat tuition matematik dengan ayah. Kelakarnya.. adik ni sedang belajar PLUS dan MINUS, contohnya 3 + 2, adik akan kata "Three masuk dalam otak" sambil tangan kanannya letak kat kepala, pastu tangan kiri menunjukkan nombor dua. Kemudian adik akan kata "Three, Four, Five!".. kelakar lah adik ni.
Lepas tuition, ayah ajak solat Isyak dan terawih berjemaah, ayah jadi imam. Kerana kesempitan waktu, ayah berkesempatan bersolat terwarikh dengan abang dan adik di rumah ayah sahaja. Kerana pukul 10 malam nak hantar adik dan abang. Sekarang ni adik dah malas sikit ya nak sembahayang terawikh, bila ayah habis doa lepas sembahyang isya', dan ayah dah baca zikir untuk solat terawikh, adik dah mula kata penat.. he he. Abang langsung tak merungut.. Ayah kata dengan adik, adik buat 2 rakaat jer la eh. lepas tu boleh duduk kat sofa.
Lepas je sembahyang witir, adik dah himpit ayah nak main bunga api.. apa lagi.. ayah terpaksa lah tukar kain dengan seluar tracksuit.. nanti kang terbakar pulak kain ayah.. he he he

Adik, hati-hati sikit main tu.. jangan sampai terkena kaki tau
Suka nya adik main bunga api sunset ni..
Abang dan adik, sebenarnya sekarang ni dah tak boleh main bunga api tau. Namun keinginan anak-anak tak tergamak ayah menidakkan.. Setakat beberapa batang tu jadilah. Di luar sana berdentum bunga api ala-ala merdeka.. Dum dum dum.. jangan main mercun tau.

0 comments:
Post a Comment