Ayah kenapa dah lama tak masukkan apa-apa kat sini, asyik-asyik ayah masukkan gambar makanan otak-otak la, murtabak la, buah kurma la dekat kasawari7 tu jer, Maafkan ayah abang, ok hari ni ayah masukkan apa-apa tentang abang dan adik di sini ya.
Petang semalam, macam biasa ayah amik adik dan abang dari sekolah, lepas mandikan abang dan siap-siap pakai baju, ayah hantar balik buka, kemudian jam 8 malam ayah ambil semula untuk solat terawih, tapi adik dah tidur, mungkin penatnya pagi-pagi adik dah bangun ke pra-sekolah. Lepas solat terawih, ayah tengok-tengokan homework abang. abang masih hilangkan pemadam.. kan ayah selalu kata.. kena jaga alat tulis, masuk minggu ni jer .. dah 2 biji pemadam hilang. Kemudian ayah keluarkan satu "kad" .. rupanya cikgu di sekolah suruh buat kad raya untuk ibubapa...

"Assalamualaikum Ibu Ayah, tak lama lagi Hari Raya kan, saya nak cakap sikit dengan ibu dan ayah, terima kasih menjaga semenjak saya kecil-kecil hingga saya membesar, adik abang minta maaf semuanya abang yang salah, adik pun minta maaf eh, saya sayang ibu, saya sayang ayah, selamat berpuasa."
Ayah cuba menyembunyikan titisan air mata ayah ketika membaca kad raya abang itu, ayah tak mahu abang tengok ayah menangis lagi.. sudah kering air mata ayah sebelum ini.. abang pun macam malu-malu dan kata "cikgu yang suruh buat", ayah faham dan ayah amat-amat faham, kalau cikgu tak suruh buat pun itulah isi hati abang. Ayah taip ni pun dah beberapa kali terhenti dengan titisan air mata ayah. Ayah punyai dua orang anak yang amat memahami keadaan. Abang dan adik.. ayah juga sayang pada abang dan adik.

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan danMatahari
Ahai...Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

2 comments:
Since it was written by so called innocent young boy, it's really make me sebak n sedih...budak2 kan cuba memahami dan cuba meluah apa yg terbuku. Just wan to know whats ur reaction bila dia malu2 bila ayah dia baca?
Arsaili,
Thanks a lot.
I reply by mail k..
Post a Comment