Tuesday, October 2, 2007

AYAH LETIH..

Abang, pertama kali ayah nak minta maaf pada abang dan juga adik, ayah tak sepatutnya marah pada abang. Ayah tahu abang dan adik anak-anak ayah yang baik. Ayah selalu mendoakan anak anak ayah tidak nakal. Ayah harus terima naluri sifat keanak-anakkan yang biasanya sedikit nakal yang sememangnya ada pada semua kanak-kanak yang membesar seperti adik dan abang. Ayah begitu mengharap abang dan adik menjadi anak yang sempurna dan dengar kata ibu dan ayah. Dalam erti kata lain, ayah pastikan anak anak ayah tidak lagi merasai keperitan dan kesengsaraan hidup apabila terpaksa menerima perubahan cara hidup abang dan adik. Abang dan adik anak-anak yang baik, tahu dan kenal erti kehidupan walaupun abang dan adik masih kecil lagi dan tidak pernah bertanyakan kenapa ini terjadi, menitis air mata ayah menaip kata-kata ini.
Untuk abang, abang perlu ada sikap lebih bertanggungjawap pada diri abang sendiri, abang dah besar, dan seorang anak yang bijak. Abang jangan cuai, pastikan abang jaga alat tulis abang dan juga apa jua barang-barang kepunyaan abang. Abang tak boleh mengharap dari ayah atau ibu untuk memastikan barang-barang abang terjaga dengan eloknya. Bukan ayah nak lari dari tanggungjawap sebagai seorang ayah, tapi abang perlu juga mengakui abang ada tanggungjawap pada diri abang sendiri. Abang pun tahu, walaupun abang dah darjah 2, ayah masih lagi mandikan abang, balik sekolah masuk kereta ayah bukakkan pintu kereta, sampai rumah ayah, ayah yang buka kan baju dan mandikan abang, ayah syampu rambut dan sabun seluruh tubuh abang, dan kadang-kadang ayah berus gigi abang. Lepas mandi, ayah lap badan abang dan pakaikan losen dan bedak pada abang walaupun abang dah besar dan bukan bayi lagi. Ayah pakai baju dan seluar abang dan sikat rambut abang. Ayah lakukan semua ini sebab ayah sayangkan abang.. begitu juga dengan adik. Walaupun kadangkala hampir 3 kali ayah panggil untuk mandi, abang masih lagi di depan tv, ayah masih tidak rasa marah.
Malam tadi, mungkin ayah letih, berkejar ke sana sini, balik kerja ayah jemput adik jam 5:00 petang, hantar adik ke rumah ayah, mandikan adik, dan jam 5:40 ayah keluar jemput abang dari sekolah, kemudian siapkan abang, dan 6:45 petang hantar abang dan adik ke rumah ibu untuk berbuka puasa, jam 8:15 malam ayah jemput semula abang dan adik, selepas solat terawikh bersama, abang tuition dengan ayah, jam 10:15 malam hanta semula ke rumah ibu.
Abang dan adik selalunya main-main sesama sendiri, berlari dan kadang kala menendang bola, dan ayah lah yang akan kemas peralatan sekolah abang, dan abang tidak mengendahkan lagi ketika itu kerana mungkin kepenatan juga tuition dengan ayah, waktu ayah menghantar abang dan adik dan sedari abang tertinggal tali leher sekolah di rumah ayah, ayah tak dapat kawal peraasaan lantas ayah marah... Waktu itu abang diam.. diam dan diam. Selepas ayah turunkan abang di rumah ibu, ayah terfikir.. ayah terlalu mengikut perasaaan akibat keletihan.. Padahal hanya perkara kecil sahaja membuat ayah marah.. Maafkan ayah..

8 comments:

Anonymous said...

Dgn anak2 ni kena banyak bersabar..tapi kadang2 kita sendiri lupa untuk kawal perasaan bila kita sendiri sebagai ibubapa ada masalah sendiri..sebaiknya jgn lepaskan kemarahan kepada anak2..yang dah berlaku jadikan pengajaran, di lain kali berfikir dulu sebelum melepaskan kemarahan kepada anak2..anak2 masih kecil..mereka tidak faham apa2..walaupun begitu..mengajar anak2 agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri adalah sebaiknya...ok..

Anonymous said...

Manusia dengan kemarahan tidak boleh dipisahkan. Beza antara kita adalah bagaimana kita mengawal kemarahan itu.

Apapun, Abang dan Adik perlu berbangga kerana memiliki seorang ayah yang penyayang dan baik.

Teringat pula saya kat arwah abah. Huhu...

Kasawari said...

"Anonymuous",
Terima Kasih memberi pendapat dan nasihat.. Saya ambil secara hati yang terbuka.. Thanks a lot.

Kasawari said...

Puteri Ezza,
Amarah dan perasaan sukar untuk dikawalkan.. saya akui.. cuba perbaiki.
Terima Kasih banyak-banyak..
Al-Fatihah untuk arwah abah Cik Ezza.. semoga rohnya ditempatkan di sisi para anbia dan syuhada.. Amin.

Anonymous said...

Ayah bukan tak sayang tu...ayah ngengada nak perhatian ler tu, nak marah2 pastu sedih sendiri...Nak suruh Aiman n Ammar pujuk la tuh...
Heee...

Aiman Ammar ada ramai yang sayang dan beri perhatian. Ayah, Ibu, nenek, atuk, makcik, pakcik...Ishh..ramai lah..Mdm Zend ngan Kak Fifi pun sayang Aiman Ammar jugak. Hehehe..

So, Aiman ngan Ammar kena la sayang ayah tau. Tak boleh noti2. Kesian ayah tu, takde sape nak sayang dia, tinggal Aiman ngan Ammar je la kena sayang betul2 kat ayah tau.

Nati kim salam kat ibu ngan makcik ok. Tak mau noti2 lagi k. Tak mau tinggal2 brg lagi k. Sayang sangat kat Aiman n Ammar..Muahh!

AmmarAiman said...

Kak Fifi,
Ok kak Fifi, Ammar dan Aiman cuba tak noti2.. akak ni pelat eh.. he he.. Tapi adik suka makan roti.. tiap tiap hari adik makan roti..

Yeh yeh.. akak sayang ammar dan aiman, mesti dapat duit raya banyak.. Abang nanti kita raya rumah kakak Fifi 3 kali eh. dapat duit raya 3 kali.. beshhh..

Kasawari said...

Cik Fifi,
Yelah ..ayah ammar tu mengada ngada eh dah marah marah nak sedih sedih pulak..

Wah.. Cik Fifi nasihatkan anak-anak bagus lah.. cepat cepat lah langsung Cik Fifi dengan ehem ehem.. nanti kasawari dan ayah ammar datang bawak telur burung kasawari..

Kasawari said...

Cik Fifi,
Kalau dah nak langsung nanti.. jangan lupa baryani gam batu pahat eh.. he he lupa pula nak tulis kat atas tu..

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner