Tuesday, October 9, 2007

Penantian Ayah...

Abang dan Adik, sampai masanya.. abang dan adik akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi.. Ayah pasti abang dan adik orang yang paling gembira menyambutnya, terutamanya abang yang begitu bersemangat berpuasa. Ayah terharu dengan abang.. keazaman berpuasa sungguh kuat. .

Mungkin malam esok buka puasa dan solat terawikh berjemaah kita yang terakhir, kerana abang dan adik sudah mula bercuti sekolah pada hari Khamis. Malam tadi, adik sudah mula kembali bertenaga menghabiskan rakaat solat terawikh yang sebelum ini sentiasa membuat muka sedih pada ayah apabila masuk rakaat ke 4. Ayah akan suruh adik duduk di sofa, dan bila witir yang terakhir, ayah akan panggil adik untuk solat semula. Abang pula tidak pernah mengadu penat berterawikh dengan ayah.. itu lah abang dan adik.

Kenangan Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri ayah.. kerana banyak kenangan ayah bersama adik dan abang dibandingkan pada tahun lepas, Ramadhan yang amat menyiksakan buat diri ayah, bukan siksa dari segi kelaparan.. tapi siksaan dari dari segi perasaan.

Alhamdulillah, tinggal berapa hari lagi Syawal akan menjelma.. persiapan raya untuk abang dan adik dah hampir ayah sempurnakan.. tinggal lagi baju melayu adik dan abang yang akan ayah ambil hari ini. Pasti abang akan kelihatan kacak memakai baju melayu cekak musang dan bersongkok serta bersamping kerana abang kelihatan kanak kanak yang agak tinggi, Adik pula juga tidak ketinggalan dengan sampingnya.. masih ingat lagi ayah raya 2005, samping adik koyak di tengah.. semua orang ketawa melihatnya. Tahun ini Baju Melayu abang dan adik berwarna biru.. Baju melayu biru itu akan ayah berikan pada adik dan abang keesokan hari..

Abang dan adik, ayah masih menunggu kepastian yang belum pasti, ayah mengharapkannya seharap yang mungkin. Alasan membandingkan berdua dan sendiri mungkin digunakan untuk itu. Kadang kadang ayah tak dapat membuat perancangan kerana keputusan tidak terletak di tangan ayah.. cuma apa yang ayah boleh lakukan.. ayah hanya memasang angan angan sendiri. Ayah tahu abang dan adik tidak dapat berkata apa-apa dan hanya mengikut sahaja.. dan mungkin kegembiraan beramai ramai akan dapat menggantikan ketiadaan ayah ketika itu.

Untuk abang dan adik, bukan ayah mahu bersedih tatkala semua orang sedang bergembira, apa lagi untuk mendapat simpati dari orang lain.. perasaan ayah, kasih sayang ayah pada abang dan adik.. hanya DIA sahaja yang MAHA mengetahui.

Namun ayah tetap menanti keputusan itu.. di mana saat saat di pagi raya agar ayah, abang dan adik dapat bersama.. walau hanya seketika.
Jika ayah dapat diberikan kesempatan itu.. Ayah akan cuba tersenyum, ketawa dan ceria.. apatah lagi sewaktu.. abang dan adik bersalam dengan ayah, lantas ayah mencium pipi kiri dan kanan abang dan adik, dan ayah terpaksa pergi tinggalkan abang dan adik....

"Kasih sayang itu penawar, Penguat cinta penghapus duka"

4 comments:

Noushy Syah said...

p/s Adik, akak noushy nak tanya sikit bole?Kenapa profile tentang adik dan abg tu says"Ammar & Aiman
Location: Kulai, Johor, Malaysia

Kami adalah Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar. Kami punyai seorang ayah yang sangat kami sayang"

....how about your mum?

Kalau adik tak sedia menjawab , it's Ok not to worry ok?

Kasawari, sorry for my question coz I'm kinda blurr reading this entry of yours...anyhow, take it easy yea, you are entitled of your own feelings what to write or not, whether to answer my question or not.

Eid MUbarak, salam dihulur maaf dipinta.

Kasawari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kasawari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Noushy Syah said...

TQ Kasawari for your honest replied answering my 'blurrness',got it and you're rite,many children went tremendous psychology and social problems in broken family just bcoz the parents are selfish...the relationship between a father/mother to the kids remains regardless the relationship of the parents.

Aiman and Ammar would be lucky and blessed having you as their dad and their mum.

Yeap,learn from the past for the better!

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner