Gara-gara tengok "Impak Maksima" adik dah pandai cakap perkataan "drift". Abang jangan cakap lah.. drag pun dah tau maknanya. Malam minggu lepas kami tengok movie impak maksima, ikutkan kita orang tak berapa tengok sangat cerita-cerita tempatan, bukan tak menyokong, tapi jalan cerita asyik-asyik yang itu jer..

Tengok Impak Maksima ni pun gara-gara adik dan abang minat tentang kereta.. termasuklah ayah mereka.. ha ha ha. Ni lah selepas transformer.. adik tengok wayang berdiri.. adik berdiri sebab syok tengok kereta kejar mengejar dan berlumba gaya drift. Ingat.. dah besor jangan lumba haram pulak.. Kalau joint motorsports ok lah juga. Kira not bad jugak lah cerita ni, itupun sebab banyak aksi drift. Tapi computer effectnya nampak sangat tak real bila kereta meletup. Takperlah kasi markah 7/10 jer.. tahniah Ahmad Idham. Keluar jer Tebrau City, abang dah cakap.. ayah.. drift ayah. Banyak lah nak drift. Terus kami ke Restoran Singgah Selalu di depan danga bay. Adik dah mengantuk dan tertidur, terpaksalah ayah pegang sambil makan.
Oh ya lupa pulak, hari tu ayah belikan bola MU, bola kecik MU.


Tak dapat beli jersey, beli bola pun jadilah.. he he he.
Apa-apa pun.. hiburan, sukan semuanya sebagai sampingan tau abang dan adik. Pelajaran kena utamakan. Seperti yang selalu ayah doa'kan bila abang dan adik salam dengan ayah "Panjang umur, muruh rezki, beriman, pandai belajar anak ayah"..
0 comments:
Post a Comment