Friday, August 17, 2007

Silver Arowana


Ini lah aquarium ayah yang bersaiz 4 kaki.. sebab ada 4 kaki tempat letak aquarium. Ayah ni berangan-angan nak bela ikan. Dulu Ikan emas tak terjaga, lepas tu orang lain bela ikan kepala benjol tu.. ayah pun bela jugak.. sampaikan flowerhorn tu dilepaskan di sungai Bandar Putra..
Ayah.. mana ikannya ayah.. takderpun dalam gambar ni. Memang susah nak amik gambar silver arowana ayah ni.. pemalu atau kamera ayah yang kong kalikong..
Akhirnya.. dari segala sudut.. ayah dapat menangkap gambar ikan ayah ini.. itupun tangkapan dari sisi..
Ha.. ini lah ikan silver arowana.. atau nama melayunya ikan kelisa perak.. ye ker ayah perak.. Ikan ini memang kuat makan.. dalam masa 2 hari boleh makan 14-15 ekor anak ikan emas yang ayah "terpaksa" beli di kedai aquarium. Senyum tokey kedai itu sebab ayah selalu datang membeli anak ikannya. Kadang-kadang ayah beri anak udang juga.. ayah kata, ikan ini berasal dari sungai amozon.. ini jenis kelisa sungai amozon.. kalau diikut-ikut.. silver arowana ilah ikan yang paling agresif sekali. Ianya juga dikenali sebagai jumping monkey.. (yeker ayah).. kerana tabiatnya yang suka melompat-lompat..

0 comments:

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner