"Selamat datang ke Pulau Sodo.." itu lah kata kata adik pada hari Jumaat malam lepas. Dah sangat sangat nak ke Pulau Tioman, adik boleh kata Pulau Sodo... Ini dah terlebih tengok Astro Ceria Thomas & Friends lah ni. Sebut jer pulau.. mesti teringat Pulau Sodo.
Lepas main sama sama, ayah tunjukkan lokasi Pulau Tioman dekat peta yang terlekat di tepi dinding dapur rumah ayah. Macam-macam persolaan ditanya oleh adik dan abang.."Ayah naik bot lama ker nak sampai ke Pulau Tioman?".. tak lama abang.. dalam 2 jam sampai lah tu..
Mungkin sekarang abang dan adik dalam perjalanan pulang. Tak sabar nak dengar cerita abang dan adik.. apa lagi adik yang mulut becok sikit. Semalam ayah telefon, adik kata ada ambil kulit kerang nak letak dalam aquorium ayah...
Ok.. ayah tunggu kepulangan anak-anak ayah ni eh..


0 comments:
Post a Comment