12hb Ogos 2007, tarikh lahir adik yang ke 4 tahun, ayah ajak pergi Tebrau City Jusco cari hadiah adik di Toys R Us, susah juga nak belikan hadiah untuk adik yang cerewet ni. Budget ayah hanya RM100 ha ha ha... Cari punya cari.. adik berminat dengan set construction ni.. siap tempat parking lagi.. biasalah adik.. suka pada kereta dan main sorong-sorong. Apa lah adik ni.. ni permainan zaman purba.. kah kah.. sekarang abang dah main PS jer tau dan komputer game..
11hb Ogos 2007 ayah bawak pergi Animal World A'Famosa Melaka, ramai orang, banyak orang Arab yang tutup muka nampak mata jer.. Bertolak dari rumah pukul 7:30 pagi.. tapi dalam kereta abang dan adik tidur.. sebab malam tadi tidur lambat pergi jusco beli hadiah adik. Ayah plan nak berhenti di Pagoh.. tapi hero-hero ayah dua-dua dah terlelap, ayah terus keluar di Tol Alor Gajah..


0 comments:
Post a Comment