Ntah kali keberapa Abang dan Adik mandi manda kolam ni, ikutkan ayah tak plan pun nak ke Water World ni,tapi atas desakan abang dan adik yang memoyokan diri kat dalam kereta sewaktu nak balik Johor semalam, ayah exit ke Tol Simpang Ampat Melaka dan terus ke A'Famosa Resort. Apa lagi adik dan abang bertenaga la semula..
Abang ni memang pandai jaga adik, mesti pegang tangan adik bila ombak buatan tu datang eh.. Apa pun abang dan adik jangan nakal nakal tau, ayah dapat tau sekarang adik dan abang selalu jer gaduh eh.. Terutama adik yang tidak mahu mengalah dan suka merajuk.
Adik jangan lah nakal dan suka gaduh dengan abang jer eh, ayah selalu jer pesan pada adik, adik kalau depan ayah mesti dengar jer cakap ayah, tapi bila ayah takder, macam macam adik ni ya. Lagi satu ayah tak nak abang dan adik selalu jer nak tengok Astro Ceria 611 tu, tengok sekali sekali okay lah tu, tapi ni semua nak ceria, macam ni ayah nak cabut lah astro. Yang abang sibuk nak tengok ESPN dan Star Sport, adik dengan Ceria, pasal remote astro pun nak gaduh. Tolong lah ayah dan tolong lah ibu tu, jangan gaduh gaduh lagi ya.. Kesihan abang kena mengalah jer dik..


0 comments:
Post a Comment