Thursday, December 27, 2007

Sekolah akan bermula.. Hijrah Ayah?

Salam Abang dan Adik, mesti seronok balik dari Desaru, maaflah ayah, sebab ikut kan perancangan ayah nak ke Langkawai bawa abang dan adik sebab adik tak pernah merasa naik kapal terbang, tapi apakan daya.. mama masih lagi tak semboh lagi, abang dan adik doakan mama ya cepat sembuh.. nanti kalau ayah ada rezki dan umur panjang.. pasti ayah akan bawak abang dan adik ke Langkawi naik kapal terbang ya.. kita tunggu mama sembuh ya.. abang dan adik kena rajin rajin lah belajar..
Ayah taip ni kat cc.. sebab ayah cuti panjang.. esok abang dan adik dah naik sekolah kan.. abang dah darjah tiga dan adik pula sama tumpang pra sekolah.. Abang kenalah rajin rajin ya, ingat pesan Kak Fifi hari tu.. kena rajin ulang kaji tau.. ayah pun kena juga rajin tuition abang ya, terutama subjek matematik dan sains.
Adik pula jangan lah nakal2 ya.. selalu dengar cakap ibu, ibu selalu sms dan call ayah kalau adik ni tak nak dengar cakap ibu, kesihan ibu kan.. Bila ayah cakap pada adik.. baru adik nak dengar cakap kan.. Kat sekolah adik, walau Cikgu Kak Long yang ajar, kena ikut cakap Cikgu Kak Long, adik dah 5 tahun tak boleh buat macam 4 tahun takder tulis dan nak tidur jer dalam kelas.. Malam malam kena tidur awal tau..
Hari Ahad ni ayah dan mama ke Putrajaya.. maaf abang tak dapat ikut sebab dah sekolah hair Isnin tu, walau ayah tau cara abang cakap macam abang kecewa tak dapat ikut, lain kali nanti bila cuti sekolah atau abang tak sekolah, ayah bawak eh, lagi pun ayah nak bawak mama ke Hospital untuk pemeriksaan..
Sekarang ni ayah agak risau sedikit, kerana ada kemungkinan ayah akan berpindah kerja, tak pasti lagi ayah akan amik tawaran itu.. ayah risau abang dan adik jer.. kerana mungkin ayah akan kerja jauh dari abang dan adik, tak dapat ayah amik abang dari sekolah dan mandikan adik dan abang petang petang.. dan tak dapat ajar abang buat homework, tapi kalau ayah dapat tawaran kerja ni, cuma hanya sehingga bulan 5 jer ayah di sana.. kemudian dah berpindah semula ke Senai ni.. Ayah terpaksa buat keputusan ini jika sekiranya ayah dapat tawaran kerja itu yang lebih tinggi pendapatan dari sekarang.. harap nanti abang dan adik faham.. takper ayah masih tak pasti lagi ni.. dan kalau jadi pun Jumaat malam masih ayah akan pulang ke sini ya abang dan adik..

0 comments:

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner