Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Korban untuk anak anak ayah....

Abang dan adik, tika ayah menulis ini, mungkin abang dan adik sudah berada di rumah atok dan adik untuk persiapan Hari Raya Korban, sebentar tadi, ayah ada sms pada ibu abang dan adik, kalau-kalau abang dan adik masih ada lagi di rumah ibu, tapi ibu abang dan adik katakan dah pulang ke rumah Atok dan Nenek. Mesti seronok abang dan adik main-main ya. Nanti esok ayah datang pagi-pagi amik abang dan adik untuk ke masjid bersolat raya Aidil Adha.. dan kemudiannya seperti biasa hantar semula abang dan adik ke rumah atok. Abang dan adik tahu tak Hari Raya Aidil Adha esok jatuh pada hari lahir Ayah 20hb Disember, mungkin abang hafal tarikh hari lahir ayah kan.. mungkin kali ini kita sama sama sambut hari lahir di Masjid sahaja, kerana ruang dan masa yang terhad untuk ayah bersama adik dan abang malah keizinan perlu diperolehi untuk bersama anak-anak ayah di Hari Raya.

Abang dan adik, esok adalah Hari Raya Korban, abang mungkin hanya faham erti erti korban iaitu sembelih lembu dan kambing kan, ingat lagi waktu dulu-dulu bila Hari Raya Korban, ayah akan bawak abang naik motor keliling kampung, petang raya tu kita sama sama tengok lembu, ktia cari lembu yang ditembat leh orang kampung. kemudian abang akan tanya.. "ayah kesihan ya lembu ni nak kena potong nanti" ayah akan menjawap " takper abang.. ini untuk korban.. dapat pahala" dan waktu orang sembelih abang takut nak tengok.

Abang.. erti pengorbanan itu sangat besar, luas dan mendalam, bukan hanya berkorbankan lembu dan kambing sahaja, malah ianya juga meliputi pengorbanan dari segi masa, harta, tenaga dan apa jua selagi perkara yang dikorbankan itu adalah untuk kebaikan. Macam abang, perlu juga berkorban, berkorban dari segi masa menonton TV, abang dan adik tidak boleh la selalu tengok Astro Ceria.. walau ayah tahu siaran itu memang menjadi minat untuk abang dan adik, abang & adik juga perlu "berkorban masa" bersama ayah, walau ada ketika ayah dapat bersama anak anak ayah ini, tapi masa itu perlu dibahagi bahagikan dan diberi izin jua.. apa pun pengorbanan abang dan adik untuk ayah dan juga pengorbanan ayah untuk abang dan adik akan menjadi suatu pengorbanan yang besar antara seorang anak dan ayah dan juga antara seorang ayah dan anak-anak yang tersayang..

Selamat Hari Raya Korban untuk anak anak ayah....

0 comments:

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner