Pada satu hari, seekor kancil.. (ayah dah merapu ni). Ok ok ayah cerita betul betul... he he, Jumaat malam lepas, ayah amik adik dan abang jam 10:30 malam, terus ke rumah ayah, yeh yeh.. esok nak ke Sepang tengok A1, ini kali pertama ayah nak bawak kami ke Sepang menonton A1, malam tu ayah dah sibuk cari bendera Malaysia, selalu kalau gi tengok F1, ayah dah sibuk dengan bendera Ferrarinya, wah kali ini ada 2 bendera Malaysia, adik dah sibuk nyanyi lagu "tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh" adik ni.. bukan nak merdeka la.. kita nak gi tengok A1.
Sabtu, lepas jer semua dah siap-siap, ayah bawak kami kedai mamak sarapan roti canai sementara kereta ayah dicuci, sempat ayah beli anak anak ikan untuk santapan ikan kelisa ayah. Kami bertolak tepat jam 11 tengahari, ayah takkan lupa beli chewing gum dan sebotol 100 plus pengubat mengantok ayah. Di Lebuhraya Tangkak, ada roadblock, kesesakan panjang sangat, kemudian ayah berhenti di R&R air keroh, kami makan nasi ayam di situ, dan terus perjalanan ke Litar Sepang, ayah nak kejar tengok sesi kelayakan. Sempat jugak kami menonton sesi kelayakan hingga akhirnya, abang agak kecewa dengan prestasi Team Malaysia, Alex Yong. Sepi ajer tak der orang, berbeza dengan F1, kemudian sempat kami semua main-main permainan yang disediakan di situ, adik dan abang dah gian nak main kereta lumba control tu.
Dari Litar Sepang, terus ke Putrajaya, hanya 20 minit sahaja drive di situ, adik dan abang suka bila ayah bawak lalu jambatan di Putrajaya, selalunya datang sini ke Masjid je la. Ayah dah terror drive kat sini, sempat ayah drive sikit atas jambatan tu macam cerita Impak Maksima.. he he... Sampai di rumah MZ, adik dan abang berebut nak tekan ding dong. dah 3 kali tekan tak keluar keluar ni. hishhh.. kereta ada 2 bijik mana MZ dan AS ni.. tidurkan iyan ke petang petang ni.. he he (jangan marah MZ).. kemudian keluarlah MZ tersenyum manis, ohh rupanya ada kat belakang. Adik sibuk dengan kura kura dan abang pula terus masuk dalam cari remote astro dan apa lagi tekan 611 Astro Ceria, wey anak anak ayah.. ini rumah orang.. bukan rumah ayah. Hidangan petang dah disediakan di atas meja, cekodok pisang, pisang dan pisang goreng.. mungkin hari ini hari Pisang sedunia kot.. he he.
MZ ada urusan keluarganya dan berangkat keluar, patut pun lawa pakai baju lawa lawa, kemudian AS pula ada urusan peribadi, tinggal lah kami bertiga dengan kura kura dan juga tupai, sempat jugak main main dengan tupai Hazyqa ni.. he he. memang tangkas, pantang nampak tangan kita, dia dah terkam macam spiderman, Aiman jenis tak kisah..so Aiman duduk dalam tengok tv besar gedabak tu. Aiman terperasan kasut unik Holland kepunyaan Cik Fifi.. ayah kasut ni macam cerita Jackie Chan eh.. sambil Aiman pegang, eh Aiman .. jangan pegang.. ni Kak Fifi punya,, nanti rosak kan.. mahal tau.. nanti kena karate kang dengan kak Fifi.. he he. Masuk bilik ada pulak Pink Ostirch, ayah pernah tunjuk gambar pink ostrich ni pada abang dan adik.. adik pulak tanya.. ayah banyaknya pensil.. kenapa pensil banyak takder kertas ayah.. hishh susah nak jawap soalan ni la..
Kemudian kami ke Ala Mak Anda (Alamanda), duduk tepi air tu, adik suka la main main air eh, dan kami makan di Mc D disebabkan Ammar nak mainan happy meal dan nak main main di PlayLand tu, sebelah ayah ada la pasangan suami isteri membawa sepasangan bayi comel kembar dan seorang lagi anaknya, tertarik ayah melihat kedua dua mereka melayan kerenah baby mereka.. bila seorang baby nangis, baby kembar lagi satu pun nangis..
Keluar dari Mc D, kami ke kedai buku MPH, belek belek buku dah jam 10:00 malam, adik boleh terberi ayah satu buku ntah apa, dan ayah boleh pulak terbawa buku tu keular tanpa membayarnya... hishhh belum bayar,,, terpaksa balik semula dan pulangkan.. kelakar lah ayah dan adik ni. Kami singgah di kedai mamak jam 11:00 malam, adik dah tidur dalam kereta, apa lagi abang nak tengok bola jer lah , tapi hampanya abang, kedai mamak tu lebih berminat dengan perlawanan MU dari perlawanan Arsenal. Abang siap suruh ayah cakap dengan tokey mamak tu suruh tukar channel.. hishh ada pulak, nanti orang lain marah kang. Akhirnya kami kembali ke rumah tepat jam 12:00 malam dan abang macam biasa sambung balik tengok bola. Remote astro dah ditangan dia. channel ESPN dan Star Sports la. nasib baik takder Cik Fifi, kalau tak bergaduh kang dengan Aiman nak tengok HBO.. he he.
MZ potong buah jambu batu dan cecah dengan sambal, sedapnya.. borak borak dengan MZ dan AS. Lepas jer game bola, ada pulak cerita King Kong. Si Puncil pulak dah bangun, apa lagi melayan jer lah cerita King Kong sampai jam 3:45 pagi, selalunya abang akan tidur dulu, ini adik pulak tidur lewat, nak sangat tengok habis cerita King Kong ni.. tahan pulak matanya.
Keesokannya, lepas sarapan, kami bertolak ke Sepang, dan ayah berhati hati bila memandu depan traffic light litar sepang tu, tak berapa ramai sangat orang seperti F1 dan juga MotoGP. jadi senang lah ayah parking kereta di atas. Perlumbaan bermula jam 2 petang, memang agak bising dan bingit telinga, pihak SIC ada menyediakan earplug, dapatlah Aiman dan Ammar gunakan. Seronok kali ni sebab ayah beli tiket grandstand betul betul depan team Malaysia dan dekat dengan starting grid dan podium. Aiman yang paling seronok.. adik pula macam biasa, bila dah masuk lap ke 10, buat hal sendiri, dan kepenatan tidur.
Kami keluar dari SIC jam 5:00 petang dan ayah amat berhati hati melalui "kawasan hitam" yang lalu, kami singgah di Restoran Jejantas dan ayah terus memandu pulang ke Bandar Putra Kulai. Selamat sampai di rumah jam 9:30 malam walaupun blackout ketika itu..
Terima Kasih MZ dan AS.. (terkilan tak dapat jumpa CF dan AH)
Gambar-gambar di SIC (Sepang International Circiut)


2 comments:
seronok sakan si puncil ngan abg ni yer....joli jer kerja nyer...meh tolong uncle wat kerja nih...
Besh besh besh...ada guna earplug tak adik? Errrr..dah tido?? berdengkur pulak tuh, camne nak cheer up for Blues dgn kak NOushy nih? EEEEE...abang ajelah, sorakkan mlm ni yea? Bole? nti kka noushy belanja kat Silverstone pulak..:)
p/s eh eh tu bukan adik Kak NOushy, sbb Kak Noushy anak bongsulah...tp tu kan ke anak sepusat sepusing mummy asing2!!! hehhehhe....
Post a Comment