Tuesday, November 6, 2007

Tahniah Adik..

Ayah baru jer terima sms dari Ibu adik, esok hari Konvokesyen adik, walaupun adik baru jer empat tahun, tapi adik dah bersekolah di Pra Sekolah, tahniah adik.. ayah teharu sangat. Dan agak terkilan ayah tak dapat hadir kerana ayah kerja dan agak lewat ayah diberitahu.. Tak mengapa adik, nanti tahun depan ayah datang ya.. Esok adik jangan nakal nakal tau..

4 comments:

Kasawari said...

Adik,
Mungkin sekarang adik dah dekat IOI mall, sedang sibuk berkonvokesyen, malam tadi sama sama kita tengok persiapan pentas untuk konvokesyen tu.. Tahniah adik, satu hari nanti ayah nak pastikan adik akan berkonvokesyen di menara gading.. Amiin..

Adik jangan kecik hati ayah tak dapat datang, ikutkan ayah nak datang.. tapi takper lah adik.. nanti lain kali , kalau ayah diberitahu awal ayah akan datang. Mungkin sengaja atau tidak.. ayah diberitahu secara mengejut.. dan ada yang dah cuba untuk menunjukkan keprihatinan mereka pada adik.

Biarlah adik.. janji adik tahu ayah sayang pada adik. Dan abang pun tahu ayah sayang pada abang juga.

Kasawari said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

ganti dengan majlis khas untuk adik ..

Kasawari said...

Jeff,
Thanks bro bagi idea, betul jugak tu.. maybe this weekend kot leh buat.. dah nak cuti sekolah ni..

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner