Thursday, December 27, 2007

Sekolah akan bermula.. Hijrah Ayah?

Salam Abang dan Adik, mesti seronok balik dari Desaru, maaflah ayah, sebab ikut kan perancangan ayah nak ke Langkawai bawa abang dan adik sebab adik tak pernah merasa naik kapal terbang, tapi apakan daya.. mama masih lagi tak semboh lagi, abang dan adik doakan mama ya cepat sembuh.. nanti kalau ayah ada rezki dan umur panjang.. pasti ayah akan bawak abang dan adik ke Langkawi naik kapal terbang ya.. kita tunggu mama sembuh ya.. abang dan adik kena rajin rajin lah belajar..
Ayah taip ni kat cc.. sebab ayah cuti panjang.. esok abang dan adik dah naik sekolah kan.. abang dah darjah tiga dan adik pula sama tumpang pra sekolah.. Abang kenalah rajin rajin ya, ingat pesan Kak Fifi hari tu.. kena rajin ulang kaji tau.. ayah pun kena juga rajin tuition abang ya, terutama subjek matematik dan sains.
Adik pula jangan lah nakal2 ya.. selalu dengar cakap ibu, ibu selalu sms dan call ayah kalau adik ni tak nak dengar cakap ibu, kesihan ibu kan.. Bila ayah cakap pada adik.. baru adik nak dengar cakap kan.. Kat sekolah adik, walau Cikgu Kak Long yang ajar, kena ikut cakap Cikgu Kak Long, adik dah 5 tahun tak boleh buat macam 4 tahun takder tulis dan nak tidur jer dalam kelas.. Malam malam kena tidur awal tau..
Hari Ahad ni ayah dan mama ke Putrajaya.. maaf abang tak dapat ikut sebab dah sekolah hair Isnin tu, walau ayah tau cara abang cakap macam abang kecewa tak dapat ikut, lain kali nanti bila cuti sekolah atau abang tak sekolah, ayah bawak eh, lagi pun ayah nak bawak mama ke Hospital untuk pemeriksaan..
Sekarang ni ayah agak risau sedikit, kerana ada kemungkinan ayah akan berpindah kerja, tak pasti lagi ayah akan amik tawaran itu.. ayah risau abang dan adik jer.. kerana mungkin ayah akan kerja jauh dari abang dan adik, tak dapat ayah amik abang dari sekolah dan mandikan adik dan abang petang petang.. dan tak dapat ajar abang buat homework, tapi kalau ayah dapat tawaran kerja ni, cuma hanya sehingga bulan 5 jer ayah di sana.. kemudian dah berpindah semula ke Senai ni.. Ayah terpaksa buat keputusan ini jika sekiranya ayah dapat tawaran kerja itu yang lebih tinggi pendapatan dari sekarang.. harap nanti abang dan adik faham.. takper ayah masih tak pasti lagi ni.. dan kalau jadi pun Jumaat malam masih ayah akan pulang ke sini ya abang dan adik..

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Korban untuk anak anak ayah....

Abang dan adik, tika ayah menulis ini, mungkin abang dan adik sudah berada di rumah atok dan adik untuk persiapan Hari Raya Korban, sebentar tadi, ayah ada sms pada ibu abang dan adik, kalau-kalau abang dan adik masih ada lagi di rumah ibu, tapi ibu abang dan adik katakan dah pulang ke rumah Atok dan Nenek. Mesti seronok abang dan adik main-main ya. Nanti esok ayah datang pagi-pagi amik abang dan adik untuk ke masjid bersolat raya Aidil Adha.. dan kemudiannya seperti biasa hantar semula abang dan adik ke rumah atok. Abang dan adik tahu tak Hari Raya Aidil Adha esok jatuh pada hari lahir Ayah 20hb Disember, mungkin abang hafal tarikh hari lahir ayah kan.. mungkin kali ini kita sama sama sambut hari lahir di Masjid sahaja, kerana ruang dan masa yang terhad untuk ayah bersama adik dan abang malah keizinan perlu diperolehi untuk bersama anak-anak ayah di Hari Raya.

Abang dan adik, esok adalah Hari Raya Korban, abang mungkin hanya faham erti erti korban iaitu sembelih lembu dan kambing kan, ingat lagi waktu dulu-dulu bila Hari Raya Korban, ayah akan bawak abang naik motor keliling kampung, petang raya tu kita sama sama tengok lembu, ktia cari lembu yang ditembat leh orang kampung. kemudian abang akan tanya.. "ayah kesihan ya lembu ni nak kena potong nanti" ayah akan menjawap " takper abang.. ini untuk korban.. dapat pahala" dan waktu orang sembelih abang takut nak tengok.

Abang.. erti pengorbanan itu sangat besar, luas dan mendalam, bukan hanya berkorbankan lembu dan kambing sahaja, malah ianya juga meliputi pengorbanan dari segi masa, harta, tenaga dan apa jua selagi perkara yang dikorbankan itu adalah untuk kebaikan. Macam abang, perlu juga berkorban, berkorban dari segi masa menonton TV, abang dan adik tidak boleh la selalu tengok Astro Ceria.. walau ayah tahu siaran itu memang menjadi minat untuk abang dan adik, abang & adik juga perlu "berkorban masa" bersama ayah, walau ada ketika ayah dapat bersama anak anak ayah ini, tapi masa itu perlu dibahagi bahagikan dan diberi izin jua.. apa pun pengorbanan abang dan adik untuk ayah dan juga pengorbanan ayah untuk abang dan adik akan menjadi suatu pengorbanan yang besar antara seorang anak dan ayah dan juga antara seorang ayah dan anak-anak yang tersayang..

Selamat Hari Raya Korban untuk anak anak ayah....

Tuesday, December 18, 2007

PSP dan Raya Korban..


Wah sukanya Abang.. sukanya Adik. akhirnya ayah belikan PSP.. Tapi adik dan abang janji jangan nakal nakal atau suka suka gaduh eh.. pastu kena janji belajar rajin rajin tau.. Adik ni suka main game Rally.. dah minat permotoran.. mesti lah Rally.. pastu tak padan nak main Moto GP pilih motor yang macam Kakak Fifi beri tu.. he he.. Abang pulak macam biasa.. bola bola bola lah, apa lagi Arsenal lah kerjanya.. tapi best abang.. Arsenal vs Chelsea.. abang golkan 5 bijik gol.. he he he.. mesti Kakak Noushy hangat. tu...
Tak lama lagi nak Hari Raya Korban, jadi macam biasa ayah perlu korbankan masa untuk bersama abang dan adik, abang dan adik pasti ikut ibu ke rumah atok dan nenek, pastinya ayah akan datang amik untuk kita bersolat bersama ya.. pakai baju cantik cantik tau ya abang dan adik.
Dan akhir sekali ayah sayang abang dan adik tau.. jaga diri baik baik dan jangan nakal nakal kat rumah ibu dan kat rumah atok dan nenek.. Hari ni ayah tak dapat amik abang dan adik ya.. Ayah nak ke Melaka ada urusan kerja..

Saturday, December 15, 2007

Private Blog


Abang dan adik, maaflah, ayah dah lama tak update blog ini, dan ayah dah setkan private untuk blog ammaraiman. Ada sebab sebab tertentu ayah terpaksa memprivatekan blog ini. Insya Allah, nanti satu masa nanti abang dan adik akan faham ya...

Wednesday, December 5, 2007

Alamanda dan Water World

Ntah kali keberapa Abang dan Adik mandi manda kolam ni, ikutkan ayah tak plan pun nak ke Water World ni,tapi atas desakan abang dan adik yang memoyokan diri kat dalam kereta sewaktu nak balik Johor semalam, ayah exit ke Tol Simpang Ampat Melaka dan terus ke A'Famosa Resort. Apa lagi adik dan abang bertenaga la semula..





Abang ni memang pandai jaga adik, mesti pegang tangan adik bila ombak buatan tu datang eh.. Apa pun abang dan adik jangan nakal nakal tau, ayah dapat tau sekarang adik dan abang selalu jer gaduh eh.. Terutama adik yang tidak mahu mengalah dan suka merajuk.
Adik jangan lah nakal dan suka gaduh dengan abang jer eh, ayah selalu jer pesan pada adik, adik kalau depan ayah mesti dengar jer cakap ayah, tapi bila ayah takder, macam macam adik ni ya. Lagi satu ayah tak nak abang dan adik selalu jer nak tengok Astro Ceria 611 tu, tengok sekali sekali okay lah tu, tapi ni semua nak ceria, macam ni ayah nak cabut lah astro. Yang abang sibuk nak tengok ESPN dan Star Sport, adik dengan Ceria, pasal remote astro pun nak gaduh. Tolong lah ayah dan tolong lah ibu tu, jangan gaduh gaduh lagi ya.. Kesihan abang kena mengalah jer dik..
Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner