Friday, August 17, 2007

Silver Arowana


Ini lah aquarium ayah yang bersaiz 4 kaki.. sebab ada 4 kaki tempat letak aquarium. Ayah ni berangan-angan nak bela ikan. Dulu Ikan emas tak terjaga, lepas tu orang lain bela ikan kepala benjol tu.. ayah pun bela jugak.. sampaikan flowerhorn tu dilepaskan di sungai Bandar Putra..
Ayah.. mana ikannya ayah.. takderpun dalam gambar ni. Memang susah nak amik gambar silver arowana ayah ni.. pemalu atau kamera ayah yang kong kalikong..
Akhirnya.. dari segala sudut.. ayah dapat menangkap gambar ikan ayah ini.. itupun tangkapan dari sisi..
Ha.. ini lah ikan silver arowana.. atau nama melayunya ikan kelisa perak.. ye ker ayah perak.. Ikan ini memang kuat makan.. dalam masa 2 hari boleh makan 14-15 ekor anak ikan emas yang ayah "terpaksa" beli di kedai aquarium. Senyum tokey kedai itu sebab ayah selalu datang membeli anak ikannya. Kadang-kadang ayah beri anak udang juga.. ayah kata, ikan ini berasal dari sungai amozon.. ini jenis kelisa sungai amozon.. kalau diikut-ikut.. silver arowana ilah ikan yang paling agresif sekali. Ianya juga dikenali sebagai jumping monkey.. (yeker ayah).. kerana tabiatnya yang suka melompat-lompat..

Wednesday, August 15, 2007

I'TIRAF

Abang.. ingat lagi tak lagu Raihan I'tiraf, dulu ayah selalu bukak lagu ni kat VCD,
Dan bila abang nak tidur dalam buaian..ayah selalu nyanyikan lagu ini. Ayah letak kan dalam ni eh video klip I'tiraf ni..





I'tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Monday, August 13, 2007

ANIMAL WORLD & SELAMAT HARI LAHIR ADIK


12hb Ogos 2007, tarikh lahir adik yang ke 4 tahun, ayah ajak pergi Tebrau City Jusco cari hadiah adik di Toys R Us, susah juga nak belikan hadiah untuk adik yang cerewet ni. Budget ayah hanya RM100 ha ha ha... Cari punya cari.. adik berminat dengan set construction ni.. siap tempat parking lagi.. biasalah adik.. suka pada kereta dan main sorong-sorong. Apa lah adik ni.. ni permainan zaman purba.. kah kah.. sekarang abang dah main PS jer tau dan komputer game..


11hb Ogos 2007 ayah bawak pergi Animal World A'Famosa Melaka, ramai orang, banyak orang Arab yang tutup muka nampak mata jer.. Bertolak dari rumah pukul 7:30 pagi.. tapi dalam kereta abang dan adik tidur.. sebab malam tadi tidur lambat pergi jusco beli hadiah adik. Ayah plan nak berhenti di Pagoh.. tapi hero-hero ayah dua-dua dah terlelap, ayah terus keluar di Tol Alor Gajah..

Ini tengah naik gajah.. bergoyang goyang macam naik unta

BIRD SHOW.. best sangat sangat tengok telatah burung..

Ini elephant show.. gajah-gajah pandai beratur pastuh naikkan bendera Malaysia..

Masa ni pegang duit, pastuh burung terbang datang amik duit.. beli lukisan yang dilukis oleh burung..

AYAH dah leka bagi susu pada kambing biri-biri.. ADIK NAK SUSU GAK!! ha ha

Mula mula adik takut nak pegang.. pastuh tengok ramai orang pegang kambing biri-biri (bahasa English sheep eh ayah?)

KUAT sungguh kambing biri-biri ini menyusu.. Apa pun terima kasih ayah bawak kami berjalan-jalan.. Kami Sayang Ayah..

Tuesday, August 7, 2007

Peraduan Mewarna dan Melukis




Pada Hari Sabtu yang lepas.. adik dan abang menyertai peraduan mewarna dan melukis di Senai Airport, Punyalah ramai orang.. Adik dengan robot transformer pun bawak. Abang tak lukis sampai habis... Asyik berangan jer... Selepas tamat pertandingan melukis, ayah membawa kami ke Jusco Tebrau City menonton Trasformer.

Adik dah 2 kali tengok, abang dah 1 kali setengah, sebab yang petama kali abang tidur... Ayah tak aci.. tengok dah 3 kali.. Nanti lama-lama.. ayah jadi transformer..
adik suka Optimus Prime.... "I am Optimus Prime"..

Friday, August 3, 2007

KAMI MINAT PADA F1 , AYAH GILA F1...






ini semasa kami menonton F1 di sepang 2007, ayah boring sebab ferrari kalah. Abang pun boring.. adik yang tau ialah team renault jer.. tapi dia tak tahu.. tahun ni kalah teruk..

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner