Balik dari Air papan Mersing.. adik kena GEGATA.. iaitu gatal gatal dan bintat besar macam kena gigit semut.. dalam kereta tadi adik tak ngadu gatal pun.. bila sampai rumah.. ayah mandikan.. adik dah gatal-gatal kat peha.. ayah tengok ayah dah tahu adik kena GEGATA.. aduhai.. macam mana ni dik.. malam nak balik rumah ibu.. Ayah cuba letak minyak gamat.. tapi tak menjadi.. benda tu masih ada.. dan kesihan adik gatal gatal..
Ayah dah hantar adikdan abang balik rumah ibu.. dan ibu sms bagi tau seluruh badan adik naik gegata.. baru teringat internet.. ayah cuba cari penawar gegata.. kebanyakkannya kena laur dengan daun sirih atas bara.. dan ada yang suruh letak kunyit atau daun kunyit.. tapi adik dah tidur rasanya.. memang akan gatal ya adik..tahan ya adik..
Bukan ayah nak sangat anak-anak ayah ni sakit.. adik pun tahu.. ayah tak boleh anak-anak ayah sakit ke apa.. pasti ayah risau.. harap harap esok adik dah baik ya.. tadi ayah bagi tahu nak jaga adik malam ni.. tapi ibu tak jawap sms ayah...
dan lagi satu.. ayah minta maaf..tadi ayah marah adik dalam bilik air.. sebab adik dah bilas mandi.. adik meniarap atas lantai ada sabun.. maaf kan ayah..
untuk abang .. jaga adik ya..
Sunday, April 6, 2008
Tuesday, April 1, 2008
Untukmu Adik..
Waktu begini tentu adik sedang nyenyak tidur.. maklumlah esok adik nak kesekolah.. hari ni ayah sempat amik abang dan adik walaupn ayah terpaksa antar jam 7 malam kerana ayah ada urusan selepas waktu maghrib.. maka abang dan adik tak dapatlah mengaji di rumah ayah..
Adik.. ayah tau adik ni pandai bercakap.. ayah tau adik bijak berbicara.. apa lagi kalau ada yang betanya.. telatah adik memang ayah suka bila bercakap.. walau adik agak sukar nak melepaskan kata kata tu, namun adik tetap akan cuba untuk menceeritakan sesuatu..
Adik.. ayah sayang pada adik. begitu juga pada abang.. adik pun tahu.. ayah tak boleh macam dulu tiap malam dapat main-main dengan adik.. tiap malam tidur dengan adik. Malah kalau adik nak susu.. ayah lah yang selalu buat susu adik sambil ayah ayah akan tanya pada adik "adik nak ayah buat susu.. nak kokong (dukung) atau nak pimpin?" adik pasti jawap.. nak kokong.. dan lantas ayah akan dukung adik sambil mencuci botol susu adik di sinki.. lantas ayah akan buat kan susu adik dalam keadaan adik didukung.. kemudian bila nak goncang susu adik.. ayah letak adik berdiri di table top.. dan adik akanlompat ke arah ayah..
Adik terlalu kecil untuk memahami ini semua dik.. ayah tak salah kan adik bila adik menceritakan perkara itu pada orang lain.. sebab ayah tahu adik ni agak kepoh sikit. tapi percayalah adik, perbuatan orang yang buat adik tu tidak sesekali untuk menyakiti adik.. malah adik pun tertawa ketika itu dan abang dan ayah pun ada disebelah adik kan.. Kalau adik tak serius.. macam mana adik nak pandai ngaji.
Waktu atok adik di hospital dulu, ayah sempat melawat atok di waktu malam.. nenek ada pesan..adik ngaji susah nak dapat.. adik suka main main waktu ngaji.. jadi adik kenalah ingat kata kata nenek tu. Adik dah besar.. walau adik selalu kata adik baru jer umur 4 tahun sebab belum besday adik.
Untuk adik.. fahamilah.. kami semua sayang pada adik ya..

Tuesday, March 25, 2008
Adik 2 - 1 Abang

Ayah bila nak next game ni.. tak leh tahan tengok Ole Ole Chelsea 2 - 1 Arsenal.. adik mesti suka la tu.. dan Kak Noushy lagi ar suka.. takper takper.. ada ubi.. ada batasan..
Friday, March 21, 2008
Tidur Awal..
Hari ni dah masuk Hari Jumaat, tadi hari Khamis abang dan adik cuti kan.. sebab Maulidur Rasul, ayah pun cuti. Hari Rabu petang, waktu ayah nak balik kerja.. ibu sms kata ayah tak perlu amik abang dan adik sebab ibu nak bawak abang dan adik keluar..
Tadi, ibu ada sms ayah.. bagi tau abang dan adik selalu tidur lewat jika tidur malam di rumah ayah.. walaupun keesokan hari abang tak sekolah.. tapi nanti abang dan adik susah nak bangun bila hari sekolah.. Harap abang dan adik faham ya.. nanti tidur rumah ayah jangan tidur lewat lewat lagi ya.. Ayah bukan apa.. kalau boleh ayah tak nak abang dan adik tidur bila bermalam di rumah ayah.. kerana dalam seminggu hanya satu malam adik dan abang bersama ayah.. Seronok tengok abang dan adik.. walau ada ketika abang dan adik sampai tertidur sebelah PSP.. ayah akan tutup PSP dan pastikan abang berselimut walau pun abang tak suka pakai selimut dan adik pula ayah pastikan pakai pampers dan botol susu ada pada adik... Dan sekiranya ada ruang antara abang dan adik, ayah akan tidur ditengah tengah sambil menepuk nepuk adik dan abang menggunakan kedua dua belah tangan ayah..
Abang dan adik...dah tiga hari ayah serba salah.. ayah tahu abang dan adik memang nak ikut ayah ke Sepang nanti walau ada ketika abang dan adik kata penat dan tak kisah jika ayah tak bawak abang dan adik. Tadi abang ada tanya pada ayah harga tiket F1 dan ada tak tiket untuk kanak-kanak.. Abang.. bukan masalah duit tiket ayah rungsingkan.. cuma ayah masih lagi tak minta izin dari ibu.. ayah tahu ibu pasti beri kebenaran.. Insya Allah.. Dan adik pula cepat boring menunggu waktu perlumbaan di Sepang.. ingat lagi waktu tengok A1 race, adik sampai tertidur kan.. dan tahun lepas.. pertama kali adik tengok F1 race.. ayah siap bawak tilam lagi untuk adik tidur..
Tahun ni Mama tak ikut kerana tak boleh bergerak berjalan jauh, abang tau kan, dari tempat parking nak ke tempat tengok race tu jauh.. apa lagi kalau nak ke Welcome Centre tu.. Jadi kalau kita pergi bertiga.. adik dan abang kena janji jangan nakal nakal lari sana sini.. Ini perlumbaan F1.. ramai orang.. tak sama macam A1 atau MotoGP.. lagi lah sekarang ni budak-budak asyik hilang jer..
Tapi ayah masih tak pasti lagi nak bawak abang dan adik.. tadi bila tanya dengan adik. "Adik.. ayah bawak abang jer enh tengok F1.. adik tinggal dengan ibu ya" adik terus tunjuk muka sedih dan kata nak ikut.. walau sebelum ini adik pernah kata tak nak ikut sebab adik penat dan nak tidur bila race nanti..
Bagi ayah, ayah pastinya akan dapat mengawasi abang dan adik.. walau kadang kadang abang dan adik ni agak suka bergurau kejar sana sini..Tapi tak seronok lah kan kalau kita pergi bertiga. je.. ada Mama seronok.. Mama suka buat gelak dan kelakar... ermmmmmm...
Apa pun keputusan ayah akan seperti berikut;
1. Kita pergi bertiga samada bertolak
@ hari Sabtu tengahari, Jumaat malam abang dan adik tidur rumah ibu
@ hari Sabtu pagi, Jumaat malam abang dan adik tidur rumah ayah
@ hari Ahad awal pagi, Sabtu malam abang dan adik tidur rumah ayah
2. Ayah pergi seorang
@ hari Sabtu petang lepas antar abang dan adik
@ hari Ahad awal pagi, ayah antar abang dan adik ke rumah ibu Sabtu malam
3. Langsung tak pergi - Kita tengok sama-sama hari Ahad, adik dan abang tidur Sabtu malam rumah ayah.
Monday, March 17, 2008
Malaysia 3 - Yemen 4
Hari Sabtu yang lepas, ayah bawak kami ke UTM ada taman kolam di situ dan padang bola, dah lama adik dan abang tak ke sini kan. Seronok bagi makan ikan walaupun pelantar di situ tidak boleh digunakan kerana sedang di baiki, amboi.. Abang dan adik kalau bergambar... Seronoknya..
Kemudian abang kata "ayah.. Cepat lah.. Dah nak magrib nanti.. Jom gi paang bola' Abang ni.. Badan cekeding macam cicak kobeng ada hati nak main bola.. Lagi pun dah ler pakai selipar.. Tadi tak nak bawak kasut kan.. Kemudian kami bermain bola di situ, kebetulan ada pulak anak-anak Arab 3 orang, 2 lelaki dan seorang perempuan.. Comelnya mata dia.. Bila tanya.. Rupanya mereka minat Arsenal.. Wah wah wah.. Memang rakan baik abang la ni.. Dia orang ni dari Negara Yemen (Yaman la tu)..
So apa lagi, kita ajak dia orang main bola di padang kriket.. Wa ka ka.. Mula mula Yemen mendahahuli 1-0 dengan Malaysia he he, kemudian ketinggalan 2-0, selepas itu kebangkitan Malaysia hasil jaringan padu dari Abang.. He he.. Dengan 2 gol, terikat 2-2 kemudian Yemen menjaringkan 1 lagi gol, dan Abang pula membalas jaringan kedudukan seri 3-3. Adik tak boleh harap langsung.. Habis dia tendang ntah ke laut kot.. Pastu ngadu.. "Ayah kaki adik kena pijak.." Yelah adik dan abang tu pakai kaki ayam jer.. Dia orang pakai boot bola tau.. Pasni kena lah belikan diaorang kasut bola pulak. Dan akhirnya.. Yemen dapat menjaringkan gol dan meraih kemenangan 4-3 terhadap Malaysia..
Balik rumah jer... Abang dan adik tak sabar nak tengok mana negera Yemen.. Tengok dalam googles map inilah negara Yemen. Dekat dekat dengan Arab Saudi.. Wah hebat hebat.. Kalah sikit jer tu abang.. He he..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Online
KASIH SAYANG (RAIHAN)
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana