Tuesday, January 25, 2011

Semangat Malaysia

Aduahi.. hampir beberapa bulan ayah tak mengemaskini blog AmmarAiman ni, faktor apa tu ayah.. faktor sibuk di Facebook la tu.. hehe.. tengok ni Ammar dan Aiman penyokong pasukan bola sepak Malaysia.. tu ler.. asyik nak sokong Arsenal dan Chelsea jer.. kena la sokong pasukan Malaysia..

Tahun 2011 ini Aiman dah darjah 6, tahun ni akan menghadapi UPSR, kena belajar rajin-rajin tu abang. Dan Ammar pula dah darjah 2, cepat betul masa berlalu, masih ingat lagi ayah buat entri beg Pra Sekolah adik yang ada dinasour tu.. haha.. Ammar dah jadi pengawas.. makin ensem pakai baju biru tu.. hehe..


Thursday, August 12, 2010

12/08/2010: Happy Birthday Adik...


Selamat Hari Lahir yang ke 7 tahun untuk Ammar..
Semoga dipanjangkan usia,
Dimurahkan rezki,
Sihat sentiasa,
Belajar rajin-rajin,
Dan menjadi anak yang soleh..

Amin...


Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Ayah!


Selamat Hari Ayah... Kami sayang ayah.. walaupun ayah kadang kala garang.. tapi ayah best.. ayah kelakar dan ayah ambil berat tentang kami.

Lama sungguh ayah tak mengemaskini blog Ammar dan Aiman.. bukan ayah lupa, tapi dengan kemunculan Facebook.. ayah terleka dan abaikan blog Ammar dan Aiman ini.. lagi pun abang dan adik pun dah ada Facebook jugakkan.. masing-masing melekat jer kat laptop bila kat rumah ayah.. sampai satu hari ayah tukar password sebab ayah tak nak abang dan adik leka dengan facebook sampai terabai pelajaran sekolah..

Hari ini hari Ayah.. atau dikenali sebagai Hari Bapa, walaupun abang dan adik tidak tinggal serumah dengan ayah.. namun ayah merasakan bahawa abang dan adik tinggal bersama dengan ayah..

Sekarang ini abang dah menjadi seorang kanak-kanak dewasa.. dah mula mandi sendiri.. dan adik pula masih keanak-anakan lagi. puncil ayah ni.. mandi masih lagi dengan ayah.. masih ingatkah abang bila kita mandi bertiga dan main pancut-pancut air getah.. ayah akan pancut air ke dinding buat macam penghalang.. kemudian adik dan abang kena lalu bawah air tu.. dan bila abang dan adik lalu.. ayah akan merendahkan lagi halangan itu.. hehe.. dan akan pancit ke bontot kamu.. haha....

Abang dah darjah 5.. tahun depan darjah 6, dan akan menghadapi peperiksaan UPSR.. abang kena rajin.. kena tekun, adik pula dah darjah 1.. comel adik kalau pakai baju sekolah.. sekolah agama ker atau sekolah kebangsaan dengan tali lehernya.. adik rajin, rajin buat kerja sekolah..

Monday, November 30, 2009

Doa Supaya Tetap Mendirikan Solat



Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"


(Ibrahim : 40/41)

Wednesday, November 11, 2009

Tahniah Adik.. dan Tahniah juga untuk Abang!



Ini kali ke-3 adik berkonvo sejak bersekolah di Pra-Sekolah, kali pertama pada tahun 2007 (klik di sini untuk entri tersebut) Alhamdulillah.. untuk tahun ini ayah sempat melihat adik menerima "Ijazah" dah juga hadiah Murid Cemerlang untuk adik, walau pada mulanya, ayah agak sibuk di tempat kerja, tapi ayah masih sempat keluar untuk melihat konvokesyen adik.. Tahniah untuk adik.. 3 tahun tu bersekolah di Pra-Sekolah.. dan berbanyak terima kasih kepada guru adik yang banyak mendidik dan mengajar adik...

Untuk adik.. tahun depan adik dah bersekolah betul tau.. dah darjah 1, ermm adik dah kena kurangkan main PSP dan PS2 tau.. kena rajin-rajin belajar ya...

Untuk abang juga, tahniah ya kerna mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, takper la.. dapat no yg ke-2 pun takper.. yang penting peratusan dan pencapaian A dalam semua subjek, mungkin tercicir pelajaran sewaktu abang cuti sakit dulu....


Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner