Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Ayah!


Selamat Hari Ayah... Kami sayang ayah.. walaupun ayah kadang kala garang.. tapi ayah best.. ayah kelakar dan ayah ambil berat tentang kami.

Lama sungguh ayah tak mengemaskini blog Ammar dan Aiman.. bukan ayah lupa, tapi dengan kemunculan Facebook.. ayah terleka dan abaikan blog Ammar dan Aiman ini.. lagi pun abang dan adik pun dah ada Facebook jugakkan.. masing-masing melekat jer kat laptop bila kat rumah ayah.. sampai satu hari ayah tukar password sebab ayah tak nak abang dan adik leka dengan facebook sampai terabai pelajaran sekolah..

Hari ini hari Ayah.. atau dikenali sebagai Hari Bapa, walaupun abang dan adik tidak tinggal serumah dengan ayah.. namun ayah merasakan bahawa abang dan adik tinggal bersama dengan ayah..

Sekarang ini abang dah menjadi seorang kanak-kanak dewasa.. dah mula mandi sendiri.. dan adik pula masih keanak-anakan lagi. puncil ayah ni.. mandi masih lagi dengan ayah.. masih ingatkah abang bila kita mandi bertiga dan main pancut-pancut air getah.. ayah akan pancut air ke dinding buat macam penghalang.. kemudian adik dan abang kena lalu bawah air tu.. dan bila abang dan adik lalu.. ayah akan merendahkan lagi halangan itu.. hehe.. dan akan pancit ke bontot kamu.. haha....

Abang dah darjah 5.. tahun depan darjah 6, dan akan menghadapi peperiksaan UPSR.. abang kena rajin.. kena tekun, adik pula dah darjah 1.. comel adik kalau pakai baju sekolah.. sekolah agama ker atau sekolah kebangsaan dengan tali lehernya.. adik rajin, rajin buat kerja sekolah..

2 comments:

Bayang Aleya ----- NoMaisara said...

owh anak2 ade belog juge ye.. selamat hari bapa juge pd ayah kamu!

LadyBird said...

kenapa ayah abaikan blog.. kesian aiman dan ammar..

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner