Thursday, September 11, 2008

Happy Birthday Aiman (Abang)

Untuk Abang.. Happy Birthday yang ke 9 tahun..
semoga Abang menjadi anak yang soleh..
mendengar kata ayah dan ibu serta mama..
dipanjangkan usia..
dimurahkan rezki..
diberi kesihatan yang baik,
dipandaikan belajar,
beriman serta beramal soleh..
Aminnnn....

Tuesday, August 26, 2008

Adik Diinjek.. adik kuat..



Masuk 3 hari adik dah kena gegater.. ermmm takper lah adik.. adik kena tahan ya.. adik kan kuat.. dan tadi ayah bawak adik ke klinik kali ke dua untuk diinjek.. adik steady jer.. cuma cakap sakit sikit jer.. siap doktor kata adik ni kuat la.. cayalah adik..

Ayah harap adik cepat sembuh ya..

Saturday, August 23, 2008

Gambar-gambar birthday adik..



Seronoknya adik.. ermmm.. kalau bergambar mesti macam-macam gaya ya..

Tuesday, August 12, 2008

Happpy Birthday Ammar (Adik)

Dikemaskini:

Ni gambor adik tadi.. ayah sempat amik masa kat sekolah adik.. wah terkejut eh tengok ayah datang bawak KFC tadi.. nanti petang ayah letak gambo adik eh.. tadi ayah ada beri kamera pada cikgu adik.. nanti adik leh tengok eh..

ha ha.. ni leh sempat ayah beli untuk kawan-kawan adik yang 25 orang tu.. makan sama2 tau

nasib baik ada KFC 24 jam kat sini..

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk Anak ayah yang kecik ni si Puncil.. Muhammad Ammar bin Azman, ayah mengucapkan selamat hari lahir yang ke 5 tahun untuk adik ya.. semoga adik "panjang umur, murah rezki, beriman, pandai belajar, sihat tubuh badan dan jangan nakal-nakal ya"...

Ingat tak lagi adik, tahun lepas.. ayah bawak adik ke Melaka dan jalan-jalan ke Animal World.. (Klik di sini untuk entri tersebut)..

Tahun ni ayah belum beli lagi hadiah untuk adik, sebab hari Sabtu ni kita nak ke KL kan.. jadi ayah akan beli hadiah adik di KL sahaja ya.. dan keinginan adik nak ke Aquaria pasti ayah tunaikan ya...

Saturday, August 9, 2008

Dari Kulai ke Bangsar...




Amboi ayah dan mama ni.. senyap2 eh gi KL naik keretapi dari Kulai.. tak ajak abang dan adik pun ya. Oh ya.. abang dan adik kan sekolah hari 08-08-08 tu.. lagipun ayah pergi sekejab jer la.. pergi malam jam 11:30 malam dari Kulai, sampai KL Sentral jam 6 pagi, lepas solat Subuh dan mandi di KL Sentral (bayar RM5 mandi air panas besshhh.. he he) terus ke Masjid Bangsar.. kemudian jam 2 petang ayah dah naik keretapi semula ke Kulai..

Minggu depan kan kita nak ke KL lagi.. abang dan adik leh ikut.. Ujian pun dah habis kan.. tapi naik kereta la.. takder api (bukan keretapi.. he he)..

p/s: Selamat Pengantin Baru ya.. untuk F&F.. he he
Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner