Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari AYAH

Selamat Hari Bapa.. oppsss.. bukan.. bukan.. Selamat Hari AYAH. Ini lah ayah kami.. kami sayang ayah kami.

"Ayah.. ayah ingat tak gambar ni.. mesti ayah ingat kan.. kita masa tu pergi Pulau Langkawi.. tahun 2006 kan ayah.. Masa tu abang baru 7 tahun dan adik 3 tahun kan.. seronok waktu tu kita pergi ke Pulau Langkawi.. nanti kita pergi lagi ya ayah.."

Untuk abang dan adik, maafkan ayah menyebabkan abang dan adik malu dan tersipu-sipu bila ayah tanya pada abang dan adik tentang "hadiah hari ayah.."

"Adik.. hari ni hari Ayah kan.. mana hadiah untuk Ayah? kan tahun lepas abang dan adik belikan ayah patung Naruto?"

Adik dan abang tak tahu nak jawap apa-apa kan.. he he.. takper la.. ayah main-main jer.. pada ayah.. setiap hari adalah hari ayah untuk anak-anak ayah.. walaupun kita tak tinggal serumah.. namun tetap ayah akan menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak ayah..

Dan yang paling best tu.. hari Sabtu malam Minggu ayah bawa kami menonton wayang.. hu hu.. best best.. filem Jangan Pandang Belakang Congkak.. ha ha.. kelakar ler cerita tu.. orang ramai.. beratur panjang.. nasib baik ada lagi tiket.. adik siap tanya ayah..

"Ayah.. ayah.. kita nak tengok cerita apa ni?"

Ayah jawap,

"Alah adik.. kita tengok cerita.. Anak Mami The Movie la.. "

ha ha.. ha ha.. abang ketawa kuat-kuat.. dan adik tak faham.. hu hu...

Hari ayah tahun ni kami tak ke mana-mana, cuma ayah bawa kami ke IOI Mall untuk mencari CD game PS2.. Guitar Hero, sepupu abang ada hadiahkan abang Guitar Wireless untuk PS2 kan.. jadi ayah belikan CD dan tolong pasangkan... kemudian kita main gitar kat rumah ayah.. kelakar la.. konsert habis .. ha ha.. kelakar sangat-sangat..

Dan tak lupa ayah belikan Papa Roti.. ha ha.. hari bapa mesti makan Papa Roti.. hu hu.. sedap makan dalam kereta..

Selepas ayah antar adik dan abang ke rumah ibu, ayah terima sms dari Ibu..

"Happy Father's Day,semoga awak terus menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawap"


3 comments:

cemut said...

ingat jd ayah yg BERTANGGUNGJAWAP .. lalala~ jawap eyh

Sis Lin said...

selamat hr bapa bt ayah ammar & aiman...hehehehe

bg patung naruto??? biaq betik????

::Asya Alesya Natasya:: said...

"Happy Father's Day"

Semoga,
Menjadi Ayah Bertanggungjawab
Menjadi Ayah Prihatin
Menjadi Ayah Contoh
Menjadi Ayah yang Disayangi
Menjadi Ayah yang Sentiasa MendekatiNya
Menjadi Ayah yang Penyayang

Opss! Terlebi Suda!!

Sayangila Ayah Selagi Dia Masih Ada

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner