Saturday, February 23, 2008

Rumah Ayah dah ada Internet..

Hai Abang dan adik, tentunya sekarang ini abang akan selalu membaca kisah kisah yang ayah tulis dalam blog ni. Sebelum ni rumah ayah takder internet. Jadi apa yang ayah tulis di sini hanya untuk bacaan catatan ayah dan kawan kawan ayah yang lain. Ayah suka tengok abang seronok baca kisah kisah abang dan adik di sini.. Harap abang tahu betapa ayah sayang pada anak-anak ayah..

Tapi abang kena ingat.. Walau rumah ayah dah ada internet.. Kalau datang rumah ayah.. Jangan asyik nak tengok internet jer tau.. Abang masih kecik lagi.. Baru darjah tiga.. Abang kena tumpukan pada pelajaran tau.. Kalau homework dan tuition dah siap.. Baru boleh masuk internet eh...

Dan lagi satu selalu gaduh gaduh dengan adik ya.. adik kan kecik.. abang kena mengalah jugak tau.. ni tengok gambo masa abang jaga adik kecik kecik.. abang kan sayang pada adik..
Janji tau Abang....

8 comments:

what everr said...

dgr tu nasihat ayah

~SyaFini Rosli~ said...

Salam AnA,

Erm, betul tu...kena patuh pd Ayah. Cikgu Fini pula jd guru bertugas mingguan utk minggu ini dengan tema "Tanggungjawab Seorang Anak". Baru citer kat sume anak murid masa perhimpunan pagi tadi. Jadi, salah satu tanggungjawab seorang anak adalah patuh pd ibu bapa..selain, menghormati kedua ibu bapa..mendoakan kesejahteraan mereka, menjaga kehormatan dan nama baik ibu bapa dan melakukan kebaikan kepada ibu bapa spt menolong dll.

Selamat menjadi anak2 soleh.

p/s: En.Kasawari, Fini suka baca keletah AnA sbb tu rajin jengah ke sini. Erm, soalan cepu emas tu, InsyaAllah akan ada anak bila dah kawin nti. Haha. Sekarang pun dh ramai apa anak...anak murid la.

Kasawari said...

MIKA,

Terima kasih.. Mika pun kena dengar nasihat parents gak eh.. he he

Kasawari said...

CIKGU FINI,

Wah Fini kena jadi guru bertugas ya.. bagus tu tema dan ucapan pada anak anak murid.. kena patuhi cakap ibu bapa.

Betul apa yang Fini cakapkan tu.. Aiman dah baca komen Cikgu Fini ni.. jangan risau.. semua komen komen dan mesej mesej di sini Aiman akan baca.. sekarang ni dia spend 1/2 jam baca blog ni setiap hari kalau hari sekolah.. dari jam 6:30 petang hingga 7:00 petang..

Untuk Fini pula, kami sekeluarga mendoakan Fini cepat cepat kahwin eh.. he he.. nanti jemput makan nasi minyak.. terima kasih selalu datang sini...

Yaya said...

amboi si ayah menasihat ..

syyyyyyyy jgn bagitau ayah...

boleh tengok internet tapi tengok blog auntie je bley tauuuuuuu

Farah Deen said...

comel nya Aiman pegang adik dia tu...cute la kasawari dua beradik ni! ooo aiman darjah 3 ye? baru je aunty tanya kat atas tadi, berapa umur Aiman. hmmm...kecik la jugak darjah 3 tu.

betul kata ayah tau...kalau ada homework and ada kerja tuition, siapkan dulu, pelajaran mesti diutamakan. belajar pandai2, nanti masuk university and dapat kerja yg bagus ok? biar family bangga ngan Aiman and adik ok?

Kasawari said...

ALEEYA,

Amboi.. tengok blok anti jer ker.. ada eskrem tak kat blog anti.. he he

Kasawari said...

FARAH,

thanks Farah beri komen di sini.. seawalnya Aiman tak berapa "menerima" kedatangan adiknya.. dia asyi jauhkan diri jer.. kemudian lepas tu baru dia biasa dan sayang pada adiknya..

Yup Aiman darjah 3 sekrang ni.. Ammar pulak pra sekolah 5 tahun..

Dengar tu Abang dan Adik.. Anti Farah nasihat.. belajar rajin2 sampai masuk universiti tau..

Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner