Monday, August 10, 2009

Semoga Abang Cepat Sembuh..

Ayah terima panggilan telefon dari Ibu mengatakan abang jatuh tangga di sekolah sewaktu rehat, terkejut ayah! dan segera ayah bergegas keluar dari tempat kerja ke Klinik Adham Senai, sampai di Klinik kelihatan Abang sedang kesakitan menuggu untuk di X-Ray, kesihan ayah tengok abang menahan sakit, selepas X-ray, doktor mengatakan tulang berhampiran siku kiri abang mungkin patah dan perlu dirujuk di Hospital.



Abang terus di bawa ke Wad Kecemasan di Hospital Pakar Johor (JSH), ramai orang yang bertopeng mungkin menunggu untuk pemeriksaan H1N1 agaknya, pemeriksaan awal dari Doktor di Wad Kecemasan memberitahu tulang berhampiran siku kiri abang patah dan perlu di simen.

Susah betul nak naikkan abang ke katil sebab abang menahan sakit, kemudian doktor beri abang ubat tahan sakit.


Abang perlu dirujuk kepada Doktor Pakar Ortho dan setelah diperiksa, tulang abang didapati retak berhampiran dengan siku dan perlu disimen dari pangkal lengan sehingga ke jari. Abang menahan sakit sewaktu Doktor melakukan kerja membalut dan menyimen. Setelah habis disimen, abang kelihatan tersenyum munkin kesakitan semakin berkurangan.

Doktor pesan abang tidak boleh pakai baju macam biasa, dan perlu pakai baju di luar, dan jangan banyak pergerakkan untuk memastikan pembentukan tulang yang retak itu baik. Tiga minggu lagi abang perlu diperiksa dan dibuka simen balutan.



Ayah telefon adik, adik kata adik dah boleh main game sorang2 sebab tangan abang dah balut.. apa la adik ni.. ayah pesan pada adik, kena tengok-tengok kan abang… dan juga jangan nakal-nakal bergurau dengan abang.

Untuk abang.. takper la abang..minggu depan periksa, abang tak amik periksa, abang dah lah kidal, ermmm.. kenalah banyak berehat dan juga makan ubat. Semoga abang cepat sembuh ya.. semoga tulang abang cepat kuat.

Monday, July 20, 2009

Adik ni nak belajar ker main-main ek..

Adik.. macam mana nak belajar membaca English ni.. tak pernah nak serius kalau nak belajar ek.. ayah pun satu.. time belajar .. time tu ler nak amik gambar.. ha ha... tapi seronok ajar adik ni.. cepat dan betul.. Cuma satu jer pesan ayah pada adik.. adik kena lah serius dan jangan main-main jer.. adik ni memang kelakar.. tengok tu muka adik yang puncil ni..

Sunday, July 19, 2009

Jalan-jalan ke Tebrau City

Ayah beratur beli tiket Transformer panjang sangat, ramia orang.. ni semua nak beli tiket Harry Porter, at last ayah dapat tiket jam 6 petang.. sepatutnya nak tengok jam 3 petang, tapi dah penuh gak.. walau pun dah berapa minggu.. masih ramai lagi orang menonton cerita Transformer 2 ni... sementara nak tunggu 3 jam lagi.. apa lagi.. ayah bawak kami ke kedai Toys "R" Us..

Tengok ni adik dah masuk rumah sendiri.. dok kat tingkap termenung sedang fikirkan apa tu adik.. mana abang ni ..? abang dah naik atas rumah adik.. hu hu


Woi woi.. apa ni.. ingat rumah sendiri ker.. panjat memanjat.. ermmm layan kan jer la.. nasib baik tak roboh rumah tu.. adik pantang bergambar tu..


Ni nak jadi Starwars ker dik.. ermmm lawan jangan tak lawan.. mana abang.. dah menyorok belakang rumah tu dik.. he he

Pastu kami ke Fun Centre, masuk sini apa lagi .. main bowling game ler.. ha ha.. abang macam biasa menang ler.. he he.. adik baling masuk longkang jer.. he he


Adik tak puas hati asyik ke longkang jer tu.. ha ha..


Pantang jumpa game.. mesti nak main.. adik main game apa tu.. dik. atau tengok jer.. he he..


Masih sempat ke kedai Sony dan pantang jumpa PS3, adik cuba game orang elektrik.. dan abang pula.. PSP sendiri dah habis battery.. dia cuba ler PSP kat sini..


Ini abang dan adik sedang tunggu movie Transformer nak start.. diam diam dik.. ni bukan kat rumahh he he..

Amboi adik duduk sambil bersila tu.. bila la nak start wayang ni ayah.. he he..


Thursday, July 9, 2009

Masjid UTM

Baru-baru ini sewaktu rehat tengahari ayah ke UTM dan singgah ke Masjid UTM untuk solat zohor. Abang pasti ingat Masjid UTM.. dari abang kecil hingga ke ler umur 4 tahun, ayah selalu bawa abang ke UTM Skudai setiap hujung minggu.. kita selalu solat dalam masjid ni bersama sementara menunggu ibu abang tamat kelas..


Ingat tak tangga ni.. kalau lepas amik wudhuk.. pasti ayah pimpin tangan abang melalui tangga ni..

dan kita melalui lantai sejuk dan nyaman di sini..


lantas kita akan duduk tepi pintu

Tenang kan jika berada di dalam Rumah Allah..

Tuesday, July 7, 2009

Adik dan "Budak Cute"..

Kelakar lah anak-anak ayah ni.. semalam pagi, kereta ayah tak dapat start enjin.. ni gara-gara ayah terlupa tutup lampu dalam kereta ayah... jadi pagi-pagi.. ayah start kereta battery dah weak.. ayah call ler ibu.. bagitau tak dapat amik adik antar ke sekolah. Bila malam ayah datang nak amik abang dan adik..

"ayah botak.. !!" , kata abang

"abang tau tak kenapa ayah botak?", ayah tanya

"ni mesti pagi tadi.. enjin kereta ayah meletup.. pastu kena rambut ayah", abang jawap sambil gelak..

ayah gelak gila.. "apa lah abang ni.."

"macam mana abang tau kereta ayah tak boleh start?"

"ibu yang cerita.."



Sekarang ni si Adik bila naik kereta ayah.. mesti nak pegang "budak cute" Air Asia ni.. dia suka tengok kepala budak kecik ni goyang-goyang.. pastu dia buat macam tu jugak.. ha ha.. lawak ler adik ni..



Tengok tu gambar goyang gara-gara kepala adik bergoyang jugak hu hu..

Abang dan adik.. penghibur hati ayah!!
Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner