Wednesday, April 22, 2009

Abang keletihan..

Untuk abang.. ayah tahu abang letih.. pagi-pagi lagi abang dah bangun mandi dan bersiap ke sekolah... kemudian lepas habis sekolah kebangsaan.. abang akan bersiap untuk ke sekolah agama.. dan pulang dari sekolah agama.. abang akan pergi tuition.. dah petang baru balik. kemudian malam abang ke rumah ayah dan buat homework dengan ayah.. 

Ayah bukan marah pada abang.. tapi bila ayah dah tanya pada abang.. kenapa abang.. ? abang jawap abang letih.. ok la.. ayah tahu abang mesti letih.. hinggakan ayah ajak solat isya' abang pun kata abang letih.. ayah faham.. dan kesihan tengok abang. Tapi abang jangan ler buat muka merajuk dan mogok abang tu dengan muka tak puas hati.. abang pun tau.. kalau ayah dah cakap sekali dan dah kali kedua ayah tanya abang tak jawap.. pasti ayah akan marah.. 

Ayah tengok tadi abang macam nak menangis waktu ayah nak hantar abang balik.. ayah tak suka kalau bila abang dan adik nak balik rumah ibu.. abang dalam keadaan sedih.. Terpaksa la ayah terangkan pada abang.. kenapa ayah marah abang tu. Harap abang faham.. 

Untuk abang.. jangan selalu abang rasa ayah ni tak sayangkan anak-anak ayah.. dan mungkin salah ayah juga tinggikan suara marah abang tadi.. cuma ayah pesan.. abang jangan lah tarik muka macam tak puas hati tu.. abang dah besar.. abang kena la tahan rasa letih atau penat.. nanti satu masa abang dah belajar pandai-pandai.. abang akan rasa.. bahwa kepenatan dan keletihan ini lah yang membuat abang berjaya pada masa akan datang.. 

Wednesday, April 8, 2009

PSP jadi tumpuan..

Wah adik .. ramai orang tu nak tengok di main PSP.. ermm jab jab.. ayah nak kira berapa orang tu ek..  7 orang ada kat belakang adik tu.. ermmm.. glamer ler tu... 


Yang ni abang pulak.. ada yang memanjat meja lagi tu.. mesti abang tengah main game PSP ben-10 ni.. ermm ada berapa orang eh.. wow.. 11 orang.. nasib baik tak roboh meja tu.. he he.. 

Wednesday, April 1, 2009

Terima Kasih Ayah..

Semuanya ayah dah ceritakan dalam Blog Ayah.. jadi kat sini cuma gambar-gambar yang ayah amik sewaktu kami bercuti di Melaka.. ermmm ayah sangat mengambil berat tentang keselamatan kami.. kami semua gembira kerana ayah menjadikan kenangan yang terindah di Melaka.. 






Adik dan Abang betul betul gembira di sana bersama kawan-kawan..
 Apa yang penting??? Kerjasama.....

Sunday, March 22, 2009

Adik dah pandai taip kat Msjbox

Tengokler tu.. adik sekarang ni dah pandai taip kat msjbox.. tak kira ler kat blog ayah atau blog adik dan abang ni.. abang tak kisah pun kat belakang tu.. tau main PSP jer.. 


Tengok tu.. apa ler adik ni taip.. yang jadi mangsa.. abang dia lah.. dia asyik tanya.. macam mana nak letak nama {Ammar&Aiman}.. dan pas letak tu.. habis semua dia bubuh gambar-gambar dan smiley2 tu.. he he


Sekarang ni pun blog adik dah berubah wajah sikit.. dah lebih Naruto gak kan.. he he.. apa lagi si Amat pun dah ada blog.. ermmm tu ler kerja adik kalau datang rumah ayah ni.. he he

Tuesday, March 17, 2009

Aiman dan Ammar sewaktu kecik

Sewaktu dalam kereta tadi.. kelihatan sebuah kereta honda civic ferio melintas di depan kereta kami, ayah kata.. dulu ayah pernah pakai kereta tu waktu abang kecik-kecik.. dan waktu itu abang pernah bergambar di atas kereta ayah dulu tu. Adik pulak kata.. tu gambar adik.. ayah kata.. tu gambar abang ler.. cari punya cari.. tak jumpa pulak gambar abang tu.. sebab gambar tu dalam laptop lama ayah yang dah kena kilat dulu.. he he..

Namun ayah jumpa gambar adik dan abang sewaktu kecik-kecik . Adik tengok ler.. yang mana satu adik.. dan yang mana satu abang? 

Abang Aiman


Adik Ammar

Ermmmm.. memang tak sama dari segi mata.. si adik, matanya sepet bebenor..  yang abang pulak dahi amat luas.. tu tandanya orang pandai belajar dan juga pandai main game.. he he.. 

AYAH: amboi.. sekarang cuti sekolah bukan main lagi ya dengan PSP.. mentang-mentang ayah kasi pinjam lama2 jangan asyik main jer tau. 


Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner