Saturday, December 13, 2008

Jalan jalan ke Hutan Bandar.

Hari tu ayah bawak ker hutan bandar JB, seronok ke sana, walaupun hari dah nak senja.. lain kali ayah kena lah datang awal-awal sikit.. kat situ ada rangka besar macam ni.. abang naik.. wah best tu.. macam khemah ler ayah.. leh bawak nanti gi camping..


Gaya abang makan aiskrim duduk ni sebijik macam ayah.. satu kaki bersilang.. dan selipar tinggal satu kat bawah.. he he... 

Adik ler merengek nak aiskrim.. haus haus katanya.. tengok dia makan aiskrim tu. beriya iya.. 


Ni adik lepas makan aiskrim. baju pun dah seksi nampak dada tu.. panas katanya.. kecik kecik adik dah ada misai aiskrim.. he he.. 


Yang tak best tu, waktu abang nak panjat satu sengayut.. tiba-tiba kuar penyengat dan sengat mata kanan abang.. nasib baik tak bengkak besar.. kesihan abang kena sengat.. tak per lah.. cepat jer baik tu.. penyengat tu pun tak sengaja kot sengat.. sebab tu tempat dia duduk dalam lobang.. nasib baik dia tak sengat dalam lobbang hidung abang.. kalau tak besor hidung abang tu.. he he


Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Korban..

Pagi tadi hujan.. ayah datang amik abang gi masjid.. adik liat nak bangun tidur.. ermm adik ni.. kan ayah dah pesan semalam.. gi masjid sama-sama.. takper lah.. adik mesti penat tu main-main kat rumah atok.. Tak ramai orang kat masjid.. mungkin sebab hujan kot.. lepas sembahyang raya tadi.. ayah bawak jalan-jalan pusing felda.. cari lembu.. tapi sekor pun takder.. mesti lembu-lembu masih tidur lagi kan ayah.. he he..

Sunday, December 7, 2008

Anak anak Ayah..

Ini adik.. ermm dah nak masuk 6 tahun masih menyusu botol lagi adik ni.. kira dapat susu botol macam kereta dah masuk minyak.. tak sampai 3 minit.. habis dah susu dalam botol tu.. he he.. adik ni kena lar berhenti minum susu botol tau.. dah kena pakai susu dalam cawan.. 


Yang ini abang.. apa lagi kalau datang rumah ayah.. mesti dengan PSP dia tu.. kalau ayah baring mesti menempel nak baring atas ayah gak tu... sambil main games.. agaknya kepala abang tu lebih selesa baring atas ayah dari atas bantal eh.. he he.. 

Monday, December 1, 2008

Arsenal vs Real Madrid

Hari tu ayah bawak ke padang UTM, ingat tak dulu ayah ada cerita pasal perlawanan Malaysia vs Yemen.. he he.. tapi kali ni  orang Yemen dah tak der lagi.. mungkin diaorg dah balik Yemen kot..  jadi kami berdua jer lah lawan bola.. adik pulak tu pakai jersey Real Madrid.. ni kira perlawanan Champion League.. 


Ini team Arsenal.. abang.. 


Ini team Real Madrid.. puncil adik.. he he


Akhirnya perlawan berkesudahan 1-0.. Arsenal menang tendangan penalti.. adik kata bola tu laju sangat.. kah kah kah.. Selepas kami main bola.. ayah suruh basuh kaki, kami basuh kaki kat situ.. Ayah.. nanti masukkan ler video basuh kaki tu dalam youtube.. he he

Thursday, September 11, 2008

Happy Birthday Aiman (Abang)

Untuk Abang.. Happy Birthday yang ke 9 tahun..
semoga Abang menjadi anak yang soleh..
mendengar kata ayah dan ibu serta mama..
dipanjangkan usia..
dimurahkan rezki..
diberi kesihatan yang baik,
dipandaikan belajar,
beriman serta beramal soleh..
Aminnnn....
Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner