Wednesday, July 30, 2008

Malaysia 0 - Chelsea 2

ni kat Komputer ayah.. Live tapi takder suara..

Pemain Malaysia dipakok oleh A. Cole.. he he


Ikutkan ayah dah ajak abang dan adik pergi Stadium Shah Alam untuk menonton perlawanan Chelsea (team adik ni) lawan Malaysia, cuma masa dan waktu untuk abang dan adik tidak mengizinkan, sebab abang dan adik bersekolah, kalau pergi pasti hari ini abang dan adik penat dan tak dapat tumpu pada sekolah.

Takperlah adik, nanti kalau ayah ada duit, kita tengok Chelsea dekat Stamford Bridge ya, kalau boleh waktu itu Chelsea vs Man Utd, dan boleh ajak kakak Noushy belanja tiket he he..

Apa apa pun, kami masih sempat tengok live di Komputer ayah, cari punya cari di Astro takder live di TV, nasib baik ayah pandai cari live streaming, dapat lah tengok wajah Lampard (adik panggil lepat pisang) he he..

Dan tahniah untuk Team Malaysia, walaupun kalah 2-0 namun bermain dengan penuh semangat, terutama penjaga gol Malaysia..

Takper lah abang dan adik, bulan 8 nanti cuti sekolah, ayah bawak ke KL kita pergi Aquaria dan Petrosains lagi eh..

Monday, July 28, 2008

Blog Kami


Ini kami iaitu Muhammad Ammar dan Muhammad Aiman, waktu ini kami sedang menjawap mesej di Msjbox Junaidix, kadang-kadang ayah tolong jawap kerana ayah cuma bagi masa tengok blog sekejab jer, jadi kami tak boleh nak masuk blog lama-lama. Rumah ayah ada internet, jadi kami masuk internet dari jam 6:00 petang - 7:00 malam. Kalau hari Jumaat, kami tidur rumah ayah.. hari Jumaat kami tengok Batman, tapi kami tidur dalam wayang.. sebab penat sangat sekolah hari Jumaat. Ayah, pasni jangan tengok wayang hari Jumaat, nak tengok hari Sabtu. Ok kami nak buat homework.

Sunday, July 27, 2008

Shiero VS Ferrari F1



Habis jadi mangsa la kereta Ferrari ni dikerjakan Shiero.. Kill Kill! Opsss itu hadiah orang bagi lah Shiero!!

Saturday, July 26, 2008

Shiero.. Kucing Kesayangan Kami




Secara ekslusif.. kami letak gambar Shiero.. kucing peliharaan ayah, umurnya baru masuk 3 bulan lebih.. sejenis kucing Local Persian yang ayah beli sejak sebulan yang lepas.. Shiero ni kuat makan.. dan selalu tidur.. dan suka menggangu kaki orang yang lalu lalang di sisinya.. Shiero sejenis kucing perempuan.. eh betina.. Itu sebab banyak kucing-kucing jantan yang kat luar tu berpelesiran di tepi sliding door ayah.. Harap ayah beli kawan shiero.. supaya dia dapat kawin dan dapat anak-anak yang comel..

muka Shiero baru bangun tidur.. ermmm.. suka tidur ler Shiero ni.. ikut perangai siapa ni??

Ayah menuntut Ilmu pertapaan..


Ayah.. cepat lah balik.. kawan-kawan ayah semua cari kat sini tau.. terutama Pak Cik Shai tu.. tak habis habis merayu -rayu suruh ayah bukak balik blog Kasawari. Ayah kami sekarang ke Gunung Ledang.. katanya gi bertapa ILMU SILAT selama sebulan.. dengan blog jugak ayah bawak gi bertapa..
Ammar dan Aiman © 2008 Template by:
SkinCorner